top of page

Mari kita tengok definisi dahulu.

 

Kemantapan : keadaan yg mantap atau stabil.

 

Akidah : kepercayaan dan keyakinan yg betul serta sahih yg bertapak di dasar hati tentang Allah dan Rasul.

 

Melahirkan : mengadakan atau mewujudkan.

 

Modal insan : modal yg ada pada seseorang insan, seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal serta rohani.

 

Kesimpulan definisi

 

Kepercayaan kepada Allah dan Rasul yg utuh akan melahirkan individu yg menyerlah dan berjaya.

 

1. akidah membentuk keperibadian unggul dan kemantapan ilmu

 

Cuba kita lihat keperibadian para sahabat Rasulullah seperti Saidina Umar, Saidina Abu Bakar as-siddiq dan lain-lain lagi. Keperibadian yg luhur dan unggul ini lahir dari pegangan akidah yg mantap. Justeru itu, modal insan terbilang akan tercipta natijah daripada pegangan akidah yg utuh lagi jitu. Inilah yg hendak dibentuk oleh Islam.

 

Surah Al-Kahfi, ayat 13:

نَّحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُم بِالْحَقِّ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى

 

Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.

 

2. akidah mantap teras kemajuan individu secara menyeluruh

 

Kemajuan ini boleh ditafsirkan sebagai kemajuan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

 

Surah An-Nisa', ayat 125:

وَمَنْ أَحْسَنُ دِينًا مِّمَّنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ وَاتَّبَعَ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا وَاتَّخَذَ اللَّهُ إِبْرَاهِيمَ خَلِيلًا

 

Dan tidak ada yang lebih baik ugamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, dan ia pula mengikut ugama Nabi Ibrahim yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid); dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya.

 

Menurut kajian yg dilakukan oleh American National Institute of Health Research, 79% daripada hasil kajian yg dijalankan membuktikan agama dan ibadat mendatangkan kesan positif kepada pembentukan insan sempurna. Oleh itu, ini jelaslah menunjukkan bahawa akidah teras kemajuan modal insan terbilang.

 

3. akidah wahana pemikiran kreatif dan inovatif

 

Sebagai contoh, kita lihat kejayaan ibnu sina, bapa perubatan dunia, yg terkenal dlm ilmu perubatan yg sehingga kini menjadi rujukan. Justeru itu, akan lahir muslim hebat yg mempunyai pemikiran kreatif serta inovatif bersandarkan akidah yg mantap serta bimbingan al-quran agar tindakan mereka mendapat keredhaan Allah.

 

Surah Al-Lail, ayat 20:

إِلَّا ابْتِغَاءَ وَجْهِ رَبِّهِ الْأَعْلَىٰ

 

Hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi;

 

Surah Al-Lail, ayat 21:

وَلَسَوْفَ يَرْضَىٰ

 

Dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya).

 

4. akidah sebagai pencetus jati diri, melahirkan budaya positif

 

Cuba buka minda, buka hati. Dewasa ini kita saksikan gejala negatif semakin menjadi-jadi. Lihatlah muda mudi tanpa segan silu melakukan perkara sumbang, seks bebas, maksiat dan sebagainya. Inikah modal insan terbilang? Justeru itu, akidahlah sebagai benteng atau perisai bagi individu tersebut kerana modal insan yg terbilang mempunyai jati diri yg teguh.

 

Surah Al-Baqarah, ayat 256:

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَن يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

 

Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

 

5. akidah agen integrasi kaum, pengerat silaturrahim, penyambung tali persaudaraan

 

Kita lihat pergolakan yg berlaku di negara-negara jiran yg tiada penghujungnya hanya berpunca daripada tiadanya persaudaraan antara mereka. Melalui pegangan akidah yg utuh, jalinan tali persaudaraan dpt dieratkan. Renungkanlah sabda Rasulullah SAW yg bermaksud

 

Dari Ibnu Abbas RA katanya : "ketika Rasulullah SAW sedang hampir nazak, baginda keluar dengan kepala diikat dengan sehelai kain, lalu baginda duduk di atas mimbar. Setelah memuji dan menyanjung Allah SWT, baginda bersabda : "tiada ada org yg paling dekat kepadaku tentang diri dan hartanya selain Abu Bakar bin Abu Quhafah. Jikalau boleh aku memilih kawan di antara segala manusia, maka kupilih Abu Bakar. Tetapi persaudaraan sesama Islam lebih utama. Tutuplah semua pintu masjid ini kecuali pintu Abu Bakar."

(Riwayat Al-Bukhari)

 

6. akidah membentuk nilai murni, perisai budaya negatif

 

Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud

 

Daripada Abdullah bin Amru bin al-'As RA, katanya : "bukanlah Rasulullah SAW seorang yg bersifat keji dan baginda tidak pernah melakukan perkara-perkara yg keji. Baginda bersabda : "sesungguhnya org-org yg terpilih antara kamu ialah org-org yg mulia akhlaknya."

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

 

Lihat sahaja masyarakat pada hari ini, terutamanya para belia harapan bangsa. Remuk hati ini. Maksiat menjadi hidangan, jenayah kolar putih menjadi budaya, rasuah sebagai kerja sampingan dan sebagainya. Inikah modal insan yg kita cari? Justeru itu, akidah sebagai pembentuk nilai murni dan perisai daripada budaya negatif agar akan lahir modal insan yg suci.

 

Natijahnya, bagi menjulang aspirasi dan inspirasi negara, pembangunan modal insan menjadi keutamaan, berlandaskan pegangan akidah yg teguh. Ayuh mantapkan akidah, perkasakan minda, majukan ummah, lahirkan modal insan yg terbilang.

bottom of page