top of page

DENGAN SELANGKAH, SYURGA MENGHAMPIRI

Info

Daie Techno adalah sebuah program Islamik yang mencari pelajar yang 'versatile' dan menarik. Peserta lelaki dan perempuan Muslim dari seluruh pelusuk UMT bakal berentap untuk dinobatkan sebagai Juara Daie Techno 2015.

 

Daie Techno 2015 menampilkan peserta dengan pelbagai latar belakang, ada yang sado, dan macam-macam lagi latar belakang para peserta Daie Techno 2015. Namun, mereka mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk menyebarkan dakwah. 

#daieTECHNO

Seiring perkembangan teknologi yang lebih moden dan mudah, cara untuk menyampaikan dakwah secara berkesan perlulah mempunyai kepelbagaian dan pendekatan yang lebih mendekati jiwa agar dapat menarik minat masyarakat mendalami ajaran Islam terutamanya golongan muda. 

Agama Islam mengajar umatnya untuk berkongsi ilmu tanpa sebarang halangan. Ini memberi peluang kepada kita untuk terus bergerak ke hadapan sejajar dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat. Rasulullah S.A.W bersabda, “Hakikat ilmu itu tiga perkara, maka yang lain daripadanya adalah sesuatu yang tidak ada faedahnya. Pertama ayat yang jelas, kedua sunnah Nabi S.A.W yang ditegakkan dan ketiga kewajipan yang adil”.

bottom of page