top of page

PENGENALAN
Sahabat YADIM adalah satu platform naungan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bagi Mahasiswa Islam membina ilmu dan kemahiran diri bagi menjana kepimpinan masa depan negara yang beridealisme Islam dan berjiwa dakwah.
Sahabat YADIM UMT merupakan sebuah kelab badan dakwah dan diterajui oleh Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) dan dibantu oleh Pusat Islam UMT

"Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah
[‘Ali Imran 3:159].
IKON SAHABAT YADIM
Visi
Menerajui urusan dakwah berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah.
Misi
Melaksana dan menyelaras aktiviti dakwah merentasi ideologi dan metodologi.
Objektif dan Matlamat
Seiring dengan misi dan visi yang digariskan, YADIM memberikan tumpuan kepada perkara-perkara berikut:
-
YADIM berusaha membangun minda umat supaya terbentuk minda quranik yang berdaya tahan dalam menghadapi cabaran globalisasi dan ledakan maklumat; seterusnya berusaha mengembangkan institusi kehidupan berlandaskan minda quranik ini.
-
Menggembleng keupayaan umat dan menyatukannya untuk memartabatkan ketinggian Islam dan mempertahankan kesuciannya.
-
Menjadi penggerak yang berkesan ke arah memanfaatkan potensi umat untuk melaksanakan kerja-kerja bermanfaat dalam kerangka pembangunan negara mengikut acuan sendiri.
-
Berusaha membenteras fahaman-fahaman beku, jumud, hizbiyah (kepartian) taksub dan seumpamanya terutama yang disebarkan atas nama Islam berdasarkan salah tafsiran terhadap ajaran Islam.
-
Berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
bottom of page