top of page

"Nabi SAW memerintahkan kepada kami utk keluar rumah pada dua hari raya, termasuk remaja puteri dan gadis, dan beliau memerintahkan wanita yang haid utk menjauhi tempat solat."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

Tidak boleh bagi seorang wanita yg sedang haid utk memasuki masjid. Sedangkan bila hanya lewat, maka diperbolehkan apabila ia mempunyai kepentingan dan yakin bahawa tidak akan mengotori masjid dengan najisnya.

 

Surah An-Nisa', ayat 43:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ وَأَنتُمْ سُكَارَىٰ حَتَّىٰ تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىٰ تَغْتَسِلُوا وَإِن كُنتُم مَّرْضَىٰ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِّنكُم مِّنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَفُوًّا غَفُورًا

 

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu mandi bersuci. Dan jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu, yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.

 

Wanita yg haid tidak boleh berdiam di masjid. Apabila tidak boleh baginya utk berdiam di masjid, maka tidak boleh juga baginya utk masuk mendengarkan pengajian atau bacaan al quran, kecuali apabila di sana terdapat tempat di luar masjid yg dia dpt mendengar suara dengan perantaraan mikrofon, maka tidak mengapa dia duduk di sana utk mendengarkan pengajian.

 

Perempuan yg haid haram duduk atau masuk ke dlm masjid kecuali lalu sahaja dengan syarat darah haid tidak titis.

 

Mazhab Hambali membolehkan secara mutlak bagi wanita haid berada di masjid selama mana diyakini darahnya tidak akan mengotori masjid dengan syarat ada wudhu'.

 

Mazhab Syafie : Surau dan musollah bukan masjid, jadi harus hukumnya berada dlmnya  tapi lebih baik hindarkan sbb ia tempat suci yg khusus digunakan utk solat, wajib hormati benda suci dlm Islam.

 

Imam Hanafi : HARAM masuk masjid kecuali dln keadaan darurat seperti tiada air utk mandi.

 

Imam Maliki : TIDAK BOLEH masuk, sama ada berhenti atau lalu sahaja (masuk dari satu pintu dan keluar dari pintu yg lain). Ada pengecualian bagi yg darurat seperti takut binatang buas, atau org jahat, dan org yg rumahnya di dlm masjid dengan syarat hendaklah bertayammum dahulu sebelum masuk jika mahu stay lama utk sembunyi.

 

"Rasulullah SAW tidak melarang Aisyah yang sedang haid masuk ke dlm masjid."
(Riwayat Bukhari)

 

"Rasulullah SAW pernah berkata kepada Aisyah : 'ambilkan sejadah utk ku di masjid'. Aisyah mengatakan : 'saya sedang haid'. Nabi SAW bersabda : 'sesungguhnya haidmu tidak berada di tanganmu'."
(HR Muslim)

 

Mazhab Hambali : Surau disekalikan dengan masjid.

bottom of page