
AGAMA ASAS PEMBINAAN RUMAH TANGGA
Semua orang inginkan kebahagiaan dalam rumah tangga, tetapi bagaimanakah meletakkan batu asas yang kukuh dalam pembinaan rumah tangga yang bahagia?
Islam meletakkan asas agama sebagai suatu elemen yang terpenting dalam rumah tangga.
Dalam soal mencari jodoh pun, tidak kiralah sama ada mencari suami dan isteri, faktor agama adalah terpenting. Ini adalah kerana orang yang berpegang teguh kepada ajaran Islam cukup memahami bahawa perkahwinan itu suatu amanah Allah yang mesti dilaksanakan dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.
Dalam kehidupan seharian pula di samping mencari keselesaan dalam hidup jangan sekali-kali melupakan tanggungjawan terhadap Pencipta iaitu Allah SWT. Solat umpamanya merupakan kefardhuan yang difardhukan oleh Allah bahkan ianya merupakan tiang agama dan wajib didirikan oleh suami, isteri dan anak-anak. Rumah tangga yang mengabaikan kewajipan sembahyang merupakan rumah tangga yang hamba tidak mendapat keherkaran dari Allah SWT.
Budaya nasihat-menasihati dan tegur menegur sangat perlu bagi mengukuhkan keluarga kerana agama itu adalah nasihat.