

Agenda Kristianisasi
Definisi:
Agenda memurtadkan umat Islam dan menarik mereka untuk memeluk agama Kristian. Agenda ini dijalankan oleh mubaligh-mubaligh kristian yang mempunyai pelbagai latar belakang dan bukan hanya dari golongan agama.
Modus Operandi:
Antara cara dan modus operasi mereka menarik minat umat Islam memeluk agama Kistian adalah dengan cara lemah-lembut, kasih sayang, sangat-sangat memberi pertolongan termasuk bantuan kewangan dan sebagainya. Mereka juga mempromosikan Jesus sebagai seorang penyelamat umat dan seorang yang amat penyayang dan pengasih.
Mereka juga menanamkan rasa sangsi terhadap umat Islam terhadap agama mereka dengan isu-isu seperti perkahwinan Nabi Muhammad, Islam berkembang dengan mata pedang dan sebagainya.
Golongan Sasaran:
Golongan sasaran adalah golongan muda yang sukakan hiburan lagi jahil berkenaan agama, golongan susah yang memerlukan bantuan kewangan dan sebagainya.

