top of page

BIOGRAFI MUHAMMAD SAW

Keturunan

 

Nama sebenar baginda saw ialah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutallib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luai bin Ghalib bin Fahr bin Malik bin Al-Nadhar bin Kinanah Bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilias bin Mudhar bin Nizar bin Ma’ad bin Adnan.

 

Nasab baginda saw sebenarnya sampai ke Nabi Ibrahim melalui Nabi Ismail( kitab Zadul Ma’ad ) namun selepas Adnan terdapat khilaf antara ulamak.

 

Gelaran Baginda saw

 

1. Ahmad

2. Al-Mahi( kerana Allah menghapuskan kekufuran darinya )

3. Al-Hasyir( kerana manusia akan dihimpunkan diatas jalannya )

4. Al-‘Aqib( kerana tiada nabi selepasnya )

 

- dari kita Muhammad karangan Muhammad Redha

 

Nama Muhammad pula telah disampaikan oleh nabi Adam as dalam mimpi ibu Baginda iaitu Aminah pada setiap bulan kandungan hinggalah bulan yang kesembilan.

 

Nabi Muhammad saw penutup para Nabi

 

Allah befirman dalam surah al-Ahzab ayat 40 :

 

“ Tidaklah Muhammad itu Bapa bagi seseorang dalam kalangan kamu akan tetapi dia adalah rasul Allah dan penutup para nabi “

 

Sabda nabi saw :

 

“ aku adalah nabi yang terakhir dan tidak ada nabi selepasku “

 

Kelahiran

 

Dilahirkan pada hari isnin di kota Makkah Al-Mukarramah pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 570 M  iaitu pada tahun gajah.

 

Baginda dilahirkan dalam keadaan yatim selepas ayahnya Abdullah ibn Abdu Mutallib meninggal dunia semasa Baginda berusia 2 bulan dalam kandungan.

 

Bidan yang menyambut kelahiran Baginda saw ialah Asy-Syifa’ binti Abdul Rahman bin Auf.

 

Peristiwa menakjubkan sebelum kelahiran

 

1. Kehamilan Aminah disampaikan oleh Malaikat sewaktu beliau tidur.

2. Aminah tidak merasa kesusahan seperti yang dialami ibu-ibu lain.

3. ketika nur Muhammad masuk kedalam rahim pintu-pintu syurga dibuka dan tanah-tanah menjadi subur.

4. Aminah bermimpi menadah tangan ke langit dan melihat malaikat turun dari langit lalu memberitahunya :

 

“ khabra bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad. “

 

5. Semasa melahirka baginda saw, Aminah ditemani Asiah dan Maryam.

 

Peristiwa menarik semasa kelahiran

 

1. Pada pagi kelahiran, suasana Makkah berada dalam keadaan damai dan tenang.

2. Di Parsi, api keramat kaum majusi yang selama seribu tahun tidak pernah terpadam pada hari itu terpadam.

3. Tiang-tiang utama istana Qisra Rumawi bergoncang sehinggan roboh dan dindingnya retak.

4. Berhala-berhala di sekitar Kaabah bergoncang dan retak..

5. Pendeta mendapat mimpi yang menakutkan.

6. Ketika lahir, Baginda telah tersunat dan tali pusatnya sudah terpotong.

7. Ketika lahir, Baginda saw menyebut, “Allahuakbar, Alhamdulilah “.

 

 

Bentuk tubuh Baginda saw

 

1. Tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.

2. Kulitnya tidak terlalu putih dan tidak terlalu hitam.

3. rambutnya tidak terlau kerinting dan tidak terlalu lurus. Rambutnya ikal.

4. Tidak gemuk dan tidak kurus.

5. Bentuk mukanya tidak bulat dan gemuk cuma ada ketulan tembam kemerah-merahan di pipi.

6. Anak matanya terlalu hitam.

7. Bulu matanya melentik.

8. Dadanya berbulu hingga pusat. Bulunya halus.

9. Tapak tangan dan kakinya berisi.

10. ada tanda khatam Al-Nubuwah( seperti daging yang timbul sebesar telur burung merpati ) di belakang diantara kedua bahunya. Khatam itu adalah kumpulan bulu-bulu.

11. Bentuk tubuh yang sedang.

12. Bahunya bidang.

13. Kepala dan tulang sendinya besar.

14. Wajahnya cerah bagaikan bulan purnama.

15. Apabila disikat rambutnya, maka dibelahnya menjadi dua.

16. Dahinya lebar.

17. Hidungnya mancung.

18. Janggutnya tebal.

19. Giginya jarang teratur rapi.

20. Lehernya jinjang dan tegak.

21. Ruas tulang tangannya panjang.

22. Telapak tangannya lebar.

23. Jari-jemarinya panjang.

24. Kedua kakinya licin sehingga air pun tidak melekat.

25. Mempunyai mulut yang lebar serasi dengan wajahnya.

 

 

Khatan Nabi saw

 

Ada tiga pendapat utama tentang waktu Baginda saw khatan :
 

1. Baginda saw dilahirkan dalam keadaan sudah berkhatan ( Abu Abdullah Muhammad bin Uthman Al-Khalili )

 

2. Baginda saw dikhatankan pada hari pembedahan dada oleh malaikat jibrail as semasa dibawah penjagaan Halimatussa’diah.

 

3. Baginda saw dikhatankan oleh datuknya pada hari ketujuh kelahirannya ( Ibnu Abbas )

 

Pembedahan dada Nabi saw

 

Berlaku sewaktu Baginda saw dibawah jagaan Halimatussa’diah. Dipetik dari kitab hadis Muslim:

 

“ sesungguhnya Rasulullah saw telah didatangi jibrail as ketika Baginda saw sedang bermain-main dengan sekumpulan kanak-kanak. Jibrail telah merebahkan serta membelah dada Rasulullah saw betul-betul tepat pada hati dan mengeluarkannya, kemudian dikeluarkan seketul darah sambil berkata, inilah sasaran syaitan ke hati engkau.

 

Lepas itu dibasuhnya didalam bekas dari emas dengan air zamzam barulah dimasukkan semula ke tempat asalnya dan kanak-kanak yang lain berkejar-kejar berlari menemui ibu susuannya Halimah dan melaung,

“ Muhammad telah dibunuh “, dan mereka semua meluru ke arah nabi Muhammad saw dan didapati mukanya pucat lesu ”

 

Hikmah peristiwa ini adalah untuk menghebahkan dan mempersiapkan Baginda saw untuk menerima wahyu sejak kecil lagi.

 

 

Pengasuh-pengasuh Nabi saw

 

1. Aminah binti Wahab ( ibunya )

2. Thuwaibah ( hamba Abu lahab yang dimerdekakan setelah membawa berita kelahiran Baginda saw )

3. Halimah binti Abu Dzu’aib Al-Sa’diah

4. Syaima’ ( anak Halimah dan saudara susuan Baginda saw )

5. Ummu Aiman ( hamba yang diwariskan bapanya )

 

Ibu-ibu susuan nabi saw

 

1. Halimah binti Abu Dzu’aib Al-Sa’diah

2. Thuwaibah ( hamba Abu lahab yang dimerdekakan setelah membawa berita kelahiran Baginda saw ). Baginda saw menyusu dengan beliau hanya untuk beberapa hari.

 

Saudara susuan Nabi saw

 

Dari Thuwaibah :

 

  • Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad Al-Makhzumi.

  • Hamzah bin Abdul Mutallib.  

 

Dari Halimahtussa’diah :

 

  • Abdullah ( anak Halimah )

  • Syaima’ ( anak Halimah )

  • Abu Sufian bin Harith

  • Hamzah bin Abdul Mutallib

 

Zaman kanak-kanak Nabi saw

 

Selepas dilahirkan Baginda saw dibawa ke pendalaman Bani Sa’ad untuk disusukan oleh Halimatussa’diah.

 

Semasa berusia 12 tahun Baginda saw mengikut bapa saudaranya berniaga ke syam dan disinilah berlaku peristiwa pertemuan Baginda saw dengan rahib nasrani ( kristian ) yang digelar Buhairah atau nama sebenarnya ialah Gergios/Gergies yang pernah memegang jawatan sebagai Ketua paderi( Patriach ) di Konstantinopel.

 

4 tahun Baginda saw terpisah dari ibunya Aminah dan tinggal bersama-sama Halimatussa’diah. Ibu Baginda saw meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Yathrib.

 

Yatim piatu

 

Apabila ibunya meninggal dunia, Baginda saw telah dipelihara oleh datuknya, Abdul Mutallib. Namun, sewaktu mencecah umur 8 tahun, datuknya telah meninggal dunia dan kini Baginda saw telah dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

 

Zaman remaja nabi saw

 

Pada awal usia remajanya nabi saw bekerja menggembala kambing dengan upah beberapa qirath.

 

Di zaman remajanya Allah swt telah memeliharanya dari keinginan yang biasanya diinginkan oleh remaja Makkah.  Meskipun begitu Baginda saw pernah mempunyai 2 keinginan yang biasa di zaman itu namun  itu pun telah Allah swt memeliharanya dari terlibat.

 

Pernah suatu  hari Baginda saw berjalan di kota Makkah lalu terdengar nyanyian. Maka Baginda saw bertanya apakah ini dan mereka menjawab ini adalah pesta. Rasulullah saw duduk mendengarnya tetapi kemudian Allah swt menutup telinganya lalu dia tertidur dan dia hanya tersedar bila terkena bahang matahari esoknya.

 

Setelah itu Baginda saw pulang dan pada malam berikutnya Baginda mempunyai keinginan yang sama namun sekali lagi perkara yang sama berulang.

 

Selepas dari peristiwa itu Baginda saw tidak lagi menginginkan keburukan. Baginda saw juga tidak pernah meminum arak atau menyembah berhala meskipun sebelum turunnya wahyu.

 

Gelaran Al-Amin

 

Nabi saw digelar Al-Amin yang bermaksud orang yang dipercayai kerana Baginda saw membesar dengan kejujuran. Bagi masyarakat Makkah tidak ada orang yang lebih dipercayai daripada Muhammad ibn Abdulllah.

 

 

Risalah Ilahiah

 

Nabi saw ialah seorang lelaki yang tidak tertarik pada cara kehidupan masyarakat Makkah disekelilingnya. Baginda saw gemar untuk bersendiri di lereng-lereng gunung atau di Gua Hira’ untuk menyibukkan diri bermunajat dengan Allah swt. Inilah rutin seharian Baginda saw.

 

Ketika usianya mencecah 40 tahun, nabi saw menerima wahyu pertama iaitu surah Al-Alaq ayat 1-5 :

 

“ Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah dan Tuhanmu yang maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya “

 

Masalah utama dalam menyebarkan islam adalah penduduk Makkah ketika itu adalah masyarakat penyembah berhala. Setiap kabilah mempunyai berhala yang khusus yang disimpan dirumah masing-masing atau boleh dibawa didalam beg.

 

Penduduk Najran rata-rata beragama nasrani( kristian ) sementara di Madinah terdapat kabilah yang menganut agama Yahudi. Ada juga penduduk yang masih menganuti ajaran nabi Ibrahim seperti Bani Hasyim.

 

Nabi Muhammad saw datang membawa ajaran nabi Ibrahim as kerana asasnya adalah sama iaitu menyembah Tuhan yang satu.

 

Orang yang pertama sekali menerima ajakan Baginda saw ialah Khadijah, isteri Nabi saw dan Ali Bin Abi Talib. Proses dakwah pada awalnya dijalankan dengan cara tersembunyi selama 3 tahun sehingga turunnya ayat yang memerintahkan agar ia dilakukan secara terbuka.

 

Lalu Rasulullah saw telah pergi ke sebuah bukit dan berkata pada kaumnya :
 

“ Wahai sekalian kaum Quraisy, jika aku katakan bahawa di belakang bukit ini ada pasukan musuh yang datang menyerang, apakah kamu semua akan mempercayai kata-kataku? Mereka menjawab “ya! Pasti, sebab engkau adalah orang yang paling jujur”

 

Rasulullah saw berkata lagi :

 

“ jika demikian, ketahuilah bahawa aku membawa risalah dan ajaran dari Tuhan untuk kalian semua. “

 

Meskipun begitu rata-rata penduduk makkah menolaknya seperti  Abu Sufyan dan Abu Jahal malah menuduhnya melakukan pembohongan. Bermula dari saat itu, dakwah nabi saw semakin mendapat tentangan yang hebat dari penduduk Makkah.

 

Isteri-isteri Nabi saw

 

1. Saidatina Khadijah binti Khuwailid

 

Majoriti yang kita dengar pada hari ini adalah beliau mengahwinni nabi saw pada usianya 40 tahun dan nabi saw pula 25 tahun. Pun begitu, ada juga pendapat lain mengatakan usia khadijah sewaktu mengahwini Baginda saw adalah sekitar 28 tahun.

 

 Beliau adalah wanita pertama memeluk islam dan meninggal dunia pada tahun ke 3 sebelum hijrah.

 

2. Saudah binti Zam’aah

 

Beliau adalah perempuan pertama yang dinikahi Baginda saw selepas kematian Khadijah. Sebelum memeluk islam beliau pernah berkahwin dengan As-Sakram bin Amru dan memeluk islam bersama-sama ketika berhijrah ke Habsyah. Beliau mengahwini nabi saw setelah kematian suaminya.

 

Saudah pernah diceraikan Rasulullah saw pada tahun kelapan namun dirujuk kembali akhirnya.

 

Surah al-ahzab ayat 33 yang berkaitan dengan hijab diturunkan setelah berlakunya peristiwa Umar ra menegurnya keluar untuk mencari barang keperluan tanapa menutup kepalanya sehingga dia dikenali semua orang.

 

Saudah meninggal dunia ketika berusia 54 tahun pada zaman pemerintahan Umar al-khattab ra.

 

3. Aisyah binti Abu Bakar( Abdullah )

 

Beliau adalah satu-satunya anak dara yang dinikahi Rasulullah saw dan gelarannya ialah Al-Siddiqah binti Al-Siddiq. Nabi saw mengahwininya ketika usianya 6 tahun dan tinggal bersamanya 3 tahun selepas itu.

 

Beliau adalah perawi hadis terbanyak, meninggal dunia pada malam selasa, 19 ramadhan tahun ke 58 hijrah dan disembahyangkan oleh Abu Hurairah ketika umurnya 66 tahun.

 

4. Hafsah binti Umar Al-Khattab

 

Digelar hafizatul mashaf( penjaga al-Quran ). Sebelum berkahwin dengan Rasulullah saw, beliau pernah berkahwin dengan Khanis bin Khazafah Al-Sahami. Beliau pernah dicerai dan dirujuk kembali oleh Rasulullah saw atas perintah Allah swt.

 

Meninggal dunia pada tahun ke 45 hijrah ketika pemerintahan Sayidina Uthman bin Affah ra dan disembahyangkan oleh Marwan bin Umar dan dikebumikan disebelah Abdullah bin Umar.

 

5. Zainab binti Khuzaimah

 

Gelarannya ialah Ummu Masakin( ibu orang-orang miskin ) dan sempat bersama Rasulullah saw hanya selama 3 bulan( namun ada pendapat mengatakan 8 bulan/setahun/2 tahun ).

 

Beliau meninggal dunia pada umur 30 tahun dan dikebumikan di Baqi’ Madinah.

 

6. Hindun binti Abi Umaiyah

 

Nama sebenarnya ialah Suhail Binti Mughirah bin Abdullah dan gelarannya adalah Ummu Salamah. Ketika zaman jahiliah beliau telah mengahwini Abu Salamah dan mereka berdua sama-sama memeluk islam ketika berhijrah ke Habsyah.

 

Setelah pemergian suaminya, beliau telah berjanji akan memilih lelaki yang lebih baik untuk menjadi suaminya dan akhirnya pilihan beliau ialah nabi Muhammad saw.

 

Beliau meriwayatkan sebanyak 328 hadis dan meninggal dunia pada tahun 59 hijrah di hari Asyura selepas mendapat tahu kematian Husin bin Ali.

 

7. Zainab binti Jahsy

 

Beliau merupakan sepupu nabi saw dan meriwayatkan 10 hadis dari Rasulullah saw. Pada awalnya beliau berkahwin dengan Zaid bin Harisah, setelah diceraikan beliau telah berkahwin dengan nabi saw.

 

Beliau meninggal dunia pada tahun ke 20 hijrah dan disembahyang oleh Umar Al-Khattablalu dikebumikan di Baqi’.

 

8. Juwairiyah binti Haris.

 

Nama sebenarnya ialah Barrah dan Rasulullah saw memanggilnya Juwairiyah. Namun sebelum berkahwin dengan nabi saw, beliau terlebih dahulu mengahwini Musafi’ bin Safwan Dzi Syafar yang kemudiannya telah syahid pada peperangan Marisi’.

 

Beliau mengahwini nabi saw ketika berumur 20 tahun. Kelebihannya adalah kuat beribadah serta puasa sunat dan qiamullail.

 

Beliau meninggal dunia pada tahun ke 56 hijrah ketika berumur 65 tahun semasa pemerintahn Muawiyah dan disembahyangkan oleh Marwan Bin Hakim.

 

9. Ramlah binti Abi Safyan Sakhar

 

Gelarannya yang masyur adalah Ummu Habibah dan merupakan adik perempuan kepada Muawiyyah bin Abi Sufyan. Beliau terlebih dahulu mengahwini Ubaidillah bin Jahsy dan sama-sama memeluk islam ketika berhijrah ke Habsyah.

 

Beliau meninggal dunia pada tahun 44 hijrah.

 

10. Safiyyah binti Huyyai

 

Beliau adalah cucu kepada Lawi bin Yaakub yang merupakan zuriat kepada nabi Harun as. Bapanya adalah seorang yahudi yang kuat menentang islam.

 

Setelah mendapat kemenangan dalam perang Khaibar, beliau telah menjadi tawanan sehingga pintu hatinya terbuka untuk memeluk agama islam dan Rasulullah saw datang menawarkan supaya beliau menjadi isteri Rasulullah saw.

 

11. Maimunah binti Haris

 

Nama sebenarnya ialah Barrah tetapi Rasulullah saw telah menamakannya dengan Maimunah. Beliau merupakan ibu saudara kepada ibnu Abbas dan juga seorang ummul Mukminin.

 

Sebelum perkahwinannya dengan nabi saw, beliau telah mengahwini Abi Rahmi bin Abdul Uzza. Meninggal dunia pada tahun ke 56 hijrah.

 

 

Isteri Nabi saw dari golongan hamba

 

12. Maria binti Sam’un Al-Qibtiyah

 

Beliau dan adiknya Syireen adalah hadiah Raja Maquqis kepada Rasulullah saw. Maria merupakan hamba yang telah dimerdekakan setelah melahirkan Ibrahim anak kepada Rasulullah saw.

 

Raja Maquqis hampir sahaja menerima dakwah nabi saw namun akhirnya menolak kerana bimbang akan kehilangan kuasa.

 

13. Raihanah binti Sam’un bin Zaid

 

Raihanah juga merupakan seorang hamba yang telah dikahwini nabi saw.

 

 

 

Perkahwinan dengan Saidatina Khadijah binti Khuwailid

 

Pengenalan nabi Muhammad saw dan saidatina Khadijah bermula apabila Abu Talib mencadangkan kepada Khadijah agar mengambil Muhammad saw sebagai orang kepercayaan dalam perniagaannya. Cadangannya itu telah diterima dan ketika itu Baginda saw yang berumur 25 tahun telah membawa barang dagangan milik khadijah untuk didagangkan di Syam.

 

Khadijah telah mengirimkan orang suruhannya Maisarah agar menemani dan memerhatikan Nabi saw sepanjang tempoh dia berniaga di Syam. Kebijaksanaan Baginda saw telah membawa hasil yang sangat memberuntungkan buat khadijah dan tingkah lakunya telah berjaya menarik perhatian Maisarah.

 

Seluruh kisah perjalanan tersebut telah diceritakan Maisarah pada Khadijah yang akhirnya membawa pada hasrat Khadijah untuk menjadikan Muhammad saw sebagai suaminya. Hasratnya itu telah menjadi kenyataan dan perkahwinannya telah disaksikan oleh para malaikat langit dan bumi.

 

Penyatuan dua insan yang mulia ini kelak akan melahirkan seorang puteri yang menjadi penghulu wanita sejagat iaitu Fatimah Az-Zahra.

 

Saidatina Khadijah binti Khuwailid

 

Nabi saw bersabda :

 

“ Allah tidak memberi kepadaku pengganti isteri yang lebih baik daripada dia( khadijah ). Dia beriman kepadaku di kala semua orang mengingkari kenabianku. Dia membenarkan kenabianku di kala semua orang mendustakan diriku. Dia membantu diriku dengan hartanya di kala semua orang tidak mahu menolongku. Melalui dia, Allah swt menganugerahi anak kepadaku, tidak dari isteri lain. “

 

- Diriwayatkan oleh ibnu ‘Abdul Birr di dalam kitab Isti’ab

 

Perkahwinan Muhamad saw dan khadijah telah dikurniakan 2 putera dan 4 puteri. Takdir telah menentukan 2 putera mereka iaitu  Al-Qasim dan Abdullah meninggal di usia kanak-kanak. Akan tetapi 4 puterinya iaitu Zainab ra, Ruqayyah ra, Ummu Kaltsum ra dan Fatimah Az-Zahra telah menjadi penghibur bagi keluarga ini.

 

Khadijah meninggal dunia di usia 65 tahun. Perpisahan Baginda saw dengan isterinya itu benar-benar membuat Rasulullah saw berasa kehilangan orang yang sangat disayanginya.

 

Sewaktu khadijah ra meninggal dunia, islam telah berjaya disebarkan ke negeri-negeri Arab termasuk Habsyah( Ethiophia ). Khadijah meninggal dunia dalam bulan Ramadhan dan dikebumikan di Ma’ala. Tahun pemergiannya itu dikenali sebagai ‘Tahun Kesedihan’.

 

Meskipun Aisyah ra adalah isteri tercantik dan paling muda namun beliau masih tidak berjaya merebut keutuhan cinta Rasulullah saw pada Khadijah ra.

 

Khadijah ra tergolong dalam golongan 4 wanita paling mulia sepanjang zaman iaitu Maryam, Asiah( isteri Fira’un ), Fatimah Az-Zahra dan Khadijah ra.

 

 

Anak-anak Nabi saw

 

1. Al-Qasim bin Muhammad

 

Dia dilahirkan sebelum kenabian nabi Muhammad saw dan meninggal dunia ketika berumur 2 tahun.

 

2. Zainab binti Muhammad

 

Zainab adalah hasil perkongsian hidup Nabi Muhammad saw dengan Khadijah ra. Beliau merupakan anak perempuan yang paling tua dan dilahirkan ketika Baginda saw berusia 30 tahun.

 

Dia telah berkahwin dengan sepupunya iaitu Abi Al-Ash bin Al-Rabi’. Pada awal penghijrahan ke Madinah, suaminya masih belum memeluk islam maka Zainab terpaksa meninggalkan suaminya. Namun kemudian suaminya itu telah memeluk islam dan berhijrah ke Madinah, disana nabi Muhammad saw telah menyerahkan zainab kembali padanya dengan akad serta mahar yang baru. Zainab dan suaminya berpisah selama 6 tahun sebelum dinikahkan semula.

 

Beliau meninggal dunia pada tahun yang sama suaminya memeluk islam iaitu pada awal tahun ke 8 hijrah. Zainab mempunyai 2 cahaya mata iaitu Ali bin Abi Al-As dan Umamah binti Abi Al-As.

 

3. Ruqayyah binti Muhammad

 

Dilahirkan ketika Baginda saw berusia 33 tahun dan telah ditunangkan dengan Atbah bin Abi Lahab semasa zaman jahilliah seterusnya bernikah. Namun beliau akhirnya diceraikan dalam keadaan suci tanpa disetubuhi kerana paksaan Abu Lahab setelah turunnya ayat 1 surah Al-Masad :

 

“ Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa. “

 

Kemudian, beliau telah berkahwin dengan Uthman bin Affan. Ketika peperangan Badar, Uthman telah diizinkan untuk tidak pergi berperang bagi menjaga Ruqayyah yang dalam keadaan tenat dan inilah yang dinamakan rukhsah( kelonggaran ) apabila dalam keadaan darurat.

 

Beliau meninggal dunia pada tahun ke 2 hijrah.

 

 

4. Ummu Kalsom binti Muhammad

 

Beliau juga berkahwin dengan anak Abu Lahab sewaktu zaman jahilliah iatu ‘Utaibah bin Abi Lahab namun diceraikan setelah turunnya ayat 1 surah Al-Masad.

 

Setelah itu, beliau berkahwin dengan Uthman bin Affan setelah kematian kakaknya Ruqayyah. Dia meninggal dunia pada syaaban tahun ke 9 hijrah setelah menderita kesakitan.

 

5. Fatimah binti Muhammad

 

Gelarannya adalah Az-Zahra kerana mengambil gelaran kepada ibu Nabi Muhammad saw iaitu Aminah Binti Abdul Wahab.

 

Terdapat 2 pendapat tentang kelahirannya. Pertama mengatakan beliau dilahirkan beberapa tahun sebelum kenabian bapanya dan kedua mengatakan beliau dilahirkan setahun selepas kenabian bapanya.

 

Beliau telah berkahwin dengan Saidina Ali dan meninggal dunia 2 bulan selepas kewafatan nabi Muhammad saw.

 

6. Abdullah bin Muhammad

 

Lahir setelah kenabian bapanya dan digelar At-Thayib( yang baik ) serta At-Thahir( yang bersih ). Abdullah meninggal dunia sewaktu kecil.

 

7. Ibrahim bin Muhammad

 

Beliau lahir pada tahun ke 8 hijrah di Madinah dan meninggal dunia pada tahun ke 10 hijrah. Dia merupakan anak hasil perkongsian dengan Maria Al-Qibtiyah iaitu isteri di kalangan hamba. Ibrahim menghembuskan nafasnya yang terakhir di pangkuan ayahnya.

 

 

Anak-anak tiri Nabi saw

 

Menurut kitab Raudhul Anf karangan Imam A-Suhaili menyebut bahawa khadijah ra pernah berkahwin dengan ‘Atiq dan mendapat anak bernama :

  • Abdul Manaf bin ‘Atiq

  • Hind binti ‘Atiq

 

Anak Angkat Nabi saw

 

Namanya Zaid Bin Harithah. Beliau ialah kanak-kanak yang telah diculik oleh kaum Musyrikin Quraish ketika ibunya sedang menziarahi keluarganya Bani Ma’an. Setelah dibeli oleh Hakim bin Hizam anak saudara khadijah ra, Hakim menyerahkan beliau kepada khadijah ra dan Rasulullah saw supaya dapat membantu mereka.

 

Kerana beliau amat disayangi nabi saw maka masyurlah nama Zaid bin Muhammad, namun kemudian turun ayat 40 surah Al-Ahzab :

 

“ Muhammad bukanlah bapa dari seorang laki-laki di kalangan kamu tetapi dia adalah Rasul Allah dan penutup para nabi. “

 

Maka nabi saw mengembalikan namanya kepada Zaid bin Harithah.

 

Cucu Nabi saw

 

Dari Zainab ra :

  • Ali bin Abi Al-Ash

  • Umamah binti Abi Al-Ash

  • Yahya bin Abi Al-Ash

  • Muhammad bin Abi Al-Ash

 

Dari Fatimah ra :

  • Hasan bin Ali

  • Hussin bin Ali

  • Ruqayyah binti Ali

  • Ummu Kalthum binti Ali

  • Zainab binti Ali

 

Dari Ruqayyah ra :

  • Abdullah bin Uthman

 

Sahabat Nabi Saw

 

Mus’ab bin Umair

 

Nabi saw mengutuskan beliau sebagai duta orang islam ketika perjanjian Aqabah dan beliau jugalah yang diutus sebagai pendakwah di Madinah di awal kedatangan Islam. Beliau syahid di medan peperangan Uhud.

 

Salman Al-Farisi

 

Beliau adalah sahabat yang mencadangkan taktik peperangan menggali parit ketika peperangan Khandaq.

 

Abu Dzar Al-Ghifari

 

Sahabat yang hidupnya sederhana dan merupakan perawi hadis Baginda saw.

 

Bilal bin Rabah

 

Beliau adalah tukang azan di zaman Rasulullah saw. Kasih sayangnya buat Rasulullah saw begitu tinggi sehinggakan beliau tidak mahu lagi azan selepas kewafatan Rasulullah saw.

 

Abdullah bin Umar

 

Sahabat yang menghindari jawatan pemimpin, menolak peperangan dan benci akan pertumpahan darah.

 

Sa’ad bin Abi Waqas

 

Seorang sahabat yang dipuji nabi saw kerana kecerdikan dan kepahlawanannya. Beliau bersama-sama Rasulullah saw dalam peperangan Badar dan lain-lain.

 

Suhaib bin Sinan

 

Asalnya adalah seorang hamba yang kemudiannya menjadi seorang yang kaya kerana perniagaannya.Ketika hijrah,beliau tidak dapat pergi bersama kerana diperangkap oleh orang Quraisy.

 

Namun, beliau menawarkan semua hartanya untuk melepaskan diri dan berhijrah bersama Rasulullah saw.

 

Muaz bin Jabal

 

Beliau berbai’ah dengan nabi saw dalam perjanjian Aqabah yang ke 2 dan mendapat pujian dar nabi saw :

 

“ Umatku yang paling tahu tentang halal dan haram adalah Muaz bin Jabal. “

 

Muaz telah menjadi utusan nabi saw ke Yaman.

 

Miqdad bin Amru

 

Beliau adalah orang ke 7 yang menyatakan keislamannya kepada nabi saw dan bersama-sama dengan nabi saw dalam peperangan Badar. Beliau juga pernah dilantik menjadi Amir di suatu daerah di zaman Rasulullah saw.

 

Sa’id bin ‘Amir

 

Terbuka untuk memeluk islam ketika pembunuhan kejam sabahat nabi saw iaitu Khubaib bin ‘Ady. Terlibat dalam peperangan Khaibar dan pernah dilantik menjadi gabenor di Homsh. Beliau menjadi gabenor paling miskin sehinggakan dapurnya tidak pernah berasap.

 

Hamzah bin Abdul Muttalib

 

Beliau adalah bapa saudara nabi saw dan pernah memukul Abu Jahal dengan busur panahnya kerana dia mencaci nabi saw. Beliau bersama-sama nabi saw dalam peperangan Badar dan syahid dalam peperangan Uhud.

 

Selepas peperangan Uhud, jasadnya telah dicabuli oleh Hindun binti Utbah. Baginda saw terlalu sedih dengan peristiwa ini sehinggakan Nabi saw bercadang untuk membunuh 70 orang kafir namun kemudian turun ayat Al-Quran yang menyatakan kemaafan itu lebih baik dari membunuh lalu Baginda saw membatalkan niatnya.

 

Abdullah bin Mas’ud

 

Nama sebenarnya ialah Ibnu Ummi Abd. Seorang pengembala kambing yang jujur. Suatu hari datang 2 orang meminta susu kambingnya namun dia dengan amanah menyatakan kambing itu bukan miliknya. Lalu seorang dari keduanya berkata bawakan kepadaku anak kambing yang masih belum berkahwin dan membacakan bismillah. Tidak semena-mena kantung susu anak kambing itu membesar dan mereka meminumnya bersama. Lelaki itu adalah nabi saw.

 

Abdullah setelah itu memeluk islam. Beliau adalah yang sangat baik bacaan Al-Qurannya dan sangat alim berkaitan Al-Quran.

 

Beliau telah mengarahkan anak-anaknya agar membaca surah A-Waqiah setiap malam selepas peninggalannya kerana nabi saw pernah bersaba :

 

“ tidak akan papa(miskin) orang selalu membaca surah Al-Waqiah. “

 

Huzaifah bin Al-Yamani

 

Beliau memeluk islam sejak dilahirkan kerana kedua ibu bapanya memeluk islam lebih awal sebelum kelahirannya. Rasulullah saw menilainya dengan 3 keistimewaan :

  • Bijak tiada tandingan

  • Cekap

  • Cermat serta sangat menyimpan rahsia

 

Dia juga adalah perisik nabi saw.

 

Ammar bin Yasir

 

Keluarganya diseksa dan dibunuh. Ammar sering dipuji nabi saw kerana kecekalan dan ketabahannya. Beliau bersama-sama nabi saw dalam peperangan Badar, Uhud, Khandak dan Tabuk.

 

Malah setelah nabi saw tiada, dia masih meyertai beberapa peperangan.

 

Ubadah bin Samit

 

Beliau adalah utusan kaum Ansar yang pertama datang ke Makkah untuk mengangkat bai’ah kepada nabi saw. Beliau sangat takut untuk diangkat menjadi pemimpin hatta untuk 2 orang sekalipun setelah mendengar hadis nabi saw tentang orang yang tidak melaksanakan tanggungjawabnya.

 

Di zaman pemerintahan Umar ra, dia menolak jawatan yang ditawarkan dan memilih untuk mengajar ilmu kepada orang-orang islam.

Khabbab bin Al-Art

 

Orang yang mahir membuat senjata dan orang yang diseksa sangat teruk sehinggakan dagingnya masak akibat dibakar. Kepalanya juga pernah dibakar dengan besi panas akibat mempertahankan islam.

 

Meskipun diperlakukan dengan begitu teruk, tidak keluar dari mulutnya suara kesakitan kerana tidak mahu orang yang menyeksanya merasa puas.

 

Beliau adalah orang yang mengajar adik saidina Umar ra( Fatimah Al-Khattab ) membaca Al-Quran.

 

Abu Ubaidah bin Al-Jarrah

 

Beliau merupakan antara kelompok utama yang menerima islam. Turut serta dalam peperangan Badar dan ujian yang paling besar buat dirinya adalah membunuh ayahnya sendiri bagi mempertahankan islam.

 

Pernah diutus menjadi hakim ketika Rasulullah saw didatangi kaum nasrani.

 

Uthman bin Madz’un

 

Sahabat ke 14 memeluk islam dan orang muhajirin pertama yang meninggal dunia di Madinah. Beliau juga adalah insan pertama yang dikebumikan di Baqi’.

 

Ja’far bin Abi Talib

 

Seorang yang sangat mirip wajahnya dengan nabi saw. Beliau adalah pemimpin yang mengetuai jemaah berhijrah ke Habsyah. Atas kepetahan kata-katanya, orang islam akhirnya mendapat perlindungan dibawah raja Najasyi di Habsyah.

 

Abdullah bin Rawahah

 

Salah seorang yang menyertai rombongan rahsia ke Makkah untuk berbai’ah kepada nabi saw.

 

Khalid ibnu Walid

 

Dia adalah ketua angkatan perang Quraisy dalam peperangan Uhud yang akhirnya membawa kemenangan kepada pihak Quraisy. Kepahlawanannya sangat terserlah sehingga dia digelar ‘pedang Allah’. Dia meninggal dunia di atas kati dan bukannya di medan peperangan.

 

 

Qais bin Sa’ad bin Ubadah

 

Beliau merupakan pembantu nabi saw dan sentiasa berada di sisi Baginda saw. Disebabkan kepintarannya, beliau telah dilantik sebagai pakar strategi dalam peperangan dan kemudian dilantik sebagai Gabenor Mesir sewaktu pemerintahan Ali ra.

 

Abu Darda’

 

Seorang yang bijak dalam menggunakan kata-kata hikmah dan banyak menyertai peperangan bersama nabi saw. Dilantik menjadi gabenor di Syria ketika zaman pemerintahan Saidina Uthman ra.

 

Umair bin Wahab

 

Pada awalnya dia mempunyai keinginan untuk membunuh nabi saw kerana tentera islam menawan anaknya, Wahab didalam peperangan Badar.  Namun begitu, niatnya itu telah diketahui nabi saw terlebih dahulu dan kerana kekagumannya terhadap nabi saw yang mengetahui rahsianya itu beliau telah memeluk agama islam.

 

Zaid bin Al-Khattab

 

Beliau adalah abang kepada Saidina Umar Al-Khattab ra dengan gugur syahid dalam peperangan Yamamah menentang Musailamah  Al-Khazzab. Umar ra cemburu dengannya berkata :

 

“ Rahmat Allah bagi Zaid. Dia telah mendahului aku dalam 2 kebajikan, pertama memeluk islam dan kedua, mati syahid. “

 

Talhah bin Ubadilah

 

Masuk islam setelah mendengar kata-kata pendeta Bushra  tentang seorang nabi yang bakal lahir di Makkah. Beliau pernah diseksa bersama-sama Abu Bakar ra sehingga mereka digelar Al-Qarinain( Sahabat setia yang terikat ).

 

Dalam peperangan Uhud, beliau menjadi benteng terakhir yang melindungi nabi saw dan nabi saw menggelarnya dengan banyak gelaran seperti Talhah Al-Jaud( pemurah ), Al-khair( baik ), dan Al-Fayyadh( dermawan ).

 

 

Zubair bin Awwam

 

Nasabnya bertemu dengan nabi saw di Qusai bin Kilab dan merupakan salah seorang yang menerima berita gembira akan memasuki syurga. Beliau mengikuti rombongan ke Habsyah dan diutus oleh nabi saw bersama Abu Bakar ra mengejar tentera Quraisy selepas perang Uhud untuk menunjukkan umat islam masih mempunyai kekuatan lain.

 

Nabi saw pernah bersabda :

 

“ setiap nabi mempunyai pembela dan pembelaku adalah Zubair bin Awwam. “

 

Khubaib bin ‘Adi

 

Seorang pahlawan yang sangat berani dan telah berjaya membunuh  Al-Harith bin Amr dalam perang Badar. Beliau namun akhirnya telah ditawan kemudian diseksa dan mati akibat disula.

Sebelum disula, dia disalib dan diseksa secara perlahan-lahan dan pernah diberi tawaran :

 

“ mahukah tempat kamu ini digantikan oleh Muhammad? “

 

Beliau membalas :

 

“ Demi Allah, aku tidak mahu bersenang-senang bersama isteri dan anak-anakku sedangkan Rasulullah dalam keadaan sengsara walaupun tertusuk duri “

 

Umair bin Sa’ad

 

Beliau adalah ahli ibadah sehinggakan tidak pernah berpisah dengan mihrab serta sangat mencintai nabi saw. Beliau memimpin sebagai gabenor di Homs sewaktu di zaman Umar ra dan menjadi kurus kering serta kusur masai kerananya.

 

Sanggup berjalan dari wilayah Homs ke Madinah bagi menyampaikan laporan pemerintahannya kepada Saidina Umar ra.

 

Zaid bin Thabit

 

Penulis wahyu nabi saw dan penulis bahasa Ibrani bagi nabi saw apabila Baginda saw ingin menghantar surat kepada bangsa yahudi.

 

Semasa kecil ketika nabi saw dan para sahabat bersiap-siap untuk peperangan Badar, beliau yang baru berusia 13 tahun datang mengheret pedang yang lebih panjang dari badannya kerana ingin pergi berjuang bersama. Namun ditolak kerana usianya yang terlalu muda.

 

Akhirnya, beliau mendalami ilmu dan duduk bersama nabi saw sebagai penulis Baginda saw.

Khalid bin Sa’id

 

Menyertai rombongan hijrah ke Habsyah dan memeluk islam kerana bermimpi ibu bapanya sedang menolaknya masuk ke dalam api, tiba-tiba nabi Muhammad saw datang menyelamatkannya.

 

Dia termasuk antara 5 orang terawal memeluk islam. Sebelum Baginda saw wafat, Baginda saw telah melantiknya sebagai gabenor di Yaman.

 

Abu Ayyub Al-Ansari

 

Ketika Baginda saw sampai ke Madinah, Baginda saw telah melepaskan untanya dan berjanji akan menetap dirumah di mana untanya berhenti dan membina masjid disitu. Dengan izin Allah, unta tersebut berhenti di hadapan rumah Abu Ayyub Al-Ansari.

 

Al-Abbas bin Abdul Muttalib

 

Bapa saudara nabi saw dan sangat disayangi nabi saw sehingga Baginda saw bersabda :

 

“ Abbas itu bapa saudaraku, barang siapa yang menyakitinya samalah dengan menyakitiku. “

 

Baginda saw pernah menjadi pembantu di rumah Abbas dan Abdul Muttalib.

 

Abu Hurairah

 

Namanya sebelum kembali kepada islam adalah Abdul Syams( Hamba matahari ), kemudian nabi saw memberinya nama Abdul Rahman( Hamba kepada yang maha penyayang ). Dia juga digelar Abu Hurairah( bapa kucing ) kerana sifat sayangnya pada kucing.

 

Beliau tinggal bersama nabi saw hinggalah mendapat harta ghanimah berbentuk rumah. Orang yang paling banyak meriwayatkan dan menghafal hadis nabi saw.

 

Al-Bara’ bin Malik

 

Tentera yang sangat gagah dan berani walaupun memiliki tubuh badan yang kurus kering. Disebabkan keberaniannya, Umar ra takut untuk melantiknya sebagai panglima perang kerana bimbang akan memberi mudarat pada orang islam.

 

Dalam peperangan menentang Musailamah Al-Khazzab( orang mengaku nabi ) dan tenteranya, beliau terkorban kerana dibaling melepasi tembok untuk membuka pintu bagi memudahkan tentera islam masuk seterusnya memusnahkan tentera Musailamah.

 

 

Utbah bin Gazuan

 

Antara orang terawal berhijrah ke Habsyah. Pakar dalam melempar tombak, memanah dan sering membawa panahnya ke mana-mana. Umar ra telah menghantarnya ke wilayah yang ditawan Parsi.

 

Thabit bin Qais

 

Jurucakap nabi saw dan bersama-sama nabi saw dalam peperangan Uhud serta peperangan penting setelah itu.

 

Sewaktu peperangan menentang Musailamah, dia memegang bendera islam dan membaluti badannya dengan kain kafan dengan niat untuk syahid.

 

Usaid bin Hudhair

 

Memeluk islam di tangan Mush’ab bin Umair ketika mendengar ucapan beliau walaupun kedatangannya itu adalah untuk menghalau Mush’ab.

 

Suatu malam dia membaca sepotong ayat Al-Quran dan datang para malaikat yang memenuhi ruang angkasa untuk mendengar bacaannya.

 

Abdul Rahman bin A’uf

 

Antara sahabat terawal yang memeluk islam dan diberi khabar gembira akan tempatnya di syurga. Seorang mufti yang sangat dipercayai nabi saw.

 

Menyertai rombongan pertama hijrah ke Habsyah dan Madinah serta merupakan ahli perniagaan yang berjaya. Beliau adalah orang yang paling banyak menginfakkan harta untuk islam.

 

Abu Jabir

 

Dia adalah Abdullah bin Amru bapa kepada Jabir. Antara 70 orang yang berbai’ah dalam Bai’atul Aqabah yang ke 2.

 

Beliau kemudiannya dilantik sebagai naqib oleh nabi saw bagi menyampaikan dakwah kepada penduduk madinah.

 

Syahid dalam perang Uhud.

 

Amru bin Jamuh

 

Beliau merupakan adik ipar kepada Abdullah bin Amru dan memeluk islam setelah mendapat hidayah apabila patung berhala yang dianggapnya berkuasa ditemui di dalam lubang najis manusia bersama bangkai seekor najis.

 

Tatkala peperangan Badar, dia sangat ingin untuk menyertainya namun kerana usianya yang telah lanjut dan kakinya yang cacat Baginda saw telah memberi keringanan dengan mengecualikannya dari pergi berperang.

 

Di dalam perang Uhud, beliau telah turut serta kerana keinginannya untuk syahid dan beliau tidak henti-henti menyebut :

 

“ Saya mahu syurga... “

 

Maka akhirnya dia mendapat apa yang didambakannya itu.

 

Habib bin Zaid

 

Antara penduduk madinah yang memeluk islam dalam bai’ah bersama nabi saw. Tampil sebagai pemegang bendera islam dalam peperangan dan dilantik sebagai utusan yang menghantar surat Baginda saw kepada nabi palsu Musailamah meskipun masih sangat muda.

 

Bila Musailamah bertanya padanya,

 

“ Adakah aku Rasulullah ? “

 

Habib menjawab dengan jawapan yang menghina,

 

“ memang saya tuli, saya tidak pernah mendengar kenyataan begitu. “

 

Lalu Musailamah mengarahkan orangnya untuk memotong tubuh badannya satu persatu sambil menanyakan soalan yang sama, namun Habib tetap tidak mengakui Musailamah sebagai nabi sehinggalah beliau syahid dengan badannya berserakan.

 

Ubai bin Ka’ab

 

Berasal dari suku kaum Khazraj dan bersama dengan nabi saw dalam peperangan Badar serta peperangan penting yang lain. Dia adalah penulis wahyu dan surat nabi saw.

 

Baginda saw pernah bersabda padanya :

 

“ Wahai Ubai, aku telah diperintahkan untuk menyampaikan Al-Quran kepadamu.”

 

Ubai ra bertanya :

 

“ Adakah disebutkan namaku ? “

 

Lalu nabi saw membalas : “ ya “

 

Sa’ad bin Muaz

 

Lelaki yang berwajah tampan dan berseri-seri. Dia adalah pemimpin kaum Aus dan memeluk islam di tangan Mush’ab bin Umair iaitu pendakwah utusan nabi saw di Madinah.

 

Terlibat dalam peperangan Badar, Uhud dan Khandaq. Dalam peperangan Uhud, beliau bertindak mempertahankan nabi saw dengan teguh seperti ada paku yang memaku kakinya ke bumi.

 

Sa’ad bin Ubadah

 

Satu-satunya penduduk madinah yang diseksa seperti penduduk Makkah oleh orang Quraisy. Ketika menyambut  kaum Muhajirin dari Makkah, beliau telah mengambil 80 orang Muhajirin untuk tinggal di rumahnya.

 

Sa’ad juga adalah pemegang bendera dari kaum Ansar dalam setiap peperangan yang diketuai nabi saw.

Usamah bin Zaid

 

Dilantik sebagai panglima perang oleh nabi saw ketika usianya hanya 18 tahun untuk melawan kerajaan Rom. Beliau adalah anak kepada Zaid bin Harithah dan ibunya ialah Ummu Aiman. Beliau merupakan panglima perang terakhir yang dilantik nabi saw namun ketika dia dan tenteranya bersiap-siap untuk ke medan perang, berita tentang kewafatan nabi saw tiba dan Usamah membatalkan pergerakan mereka.

 

Di zaman pemerintahan Abu Bakar ra, tentera dengan pimpinan Usamah ini telah dilancarkan bagi melawan kerajaan Rom.

 

Abdul Rahman bin Abu Bakar

 

Anak kepada sahabat yang sangat disayangi nabi saw iaitu Abu Bakar ra. Namun begitu, pada awalnya beliau sangat membenci nabi saw dan menjadi penggempur buat kaum Quraisy dalam peperangan Badar dan Uhud.

 

Setelah bertahun-tahun menentang nabi saw, akhirnya cahaya hidayah menyinarinya dan beliau menjadi insan yang sangat menyintai nabi saw dan tidak pernah ketinggalan menyertai mana-mana peperangan yang diketuai nabi saw.

 

Abdullah bin Amru bin Al-As

 

Insan yang sangat istimewa kerana dalam setiap peperangan dia pasti akan berada di barisan hadapan dan apabila selesai sahaja peperangan beliau akan ditemui beribadah di dalam masjid.

 

Siangnya dipenuhi dengan ibadah puasa dan malamnya dipenuhi dengan solat malam.

 

Abu Sufiyan bin Harith

 

Beliau adalah sepupu dan saudara susuan nabi saw. Seorang penyair dan penunggang kuda yang hebat namun di zaman remajanya, dia menjadi penentang kepada nabi saw setelah Baginda saw mengumunkan kenabiannya.

 

Setelah anak-anak dan isterinya memeluk islam, beliau akhirnya dilapangkan dada untuk melakukan perkara yang sama maka pergilah dia bersama anaknya Ja’far ke Madinah untuk menyampaikan hasratnya itu.

 

Mengikuti nabi saw dalam setiap peperangan selepas pembukaan Kota Makkah dan selalunya merupakan orang pertama memasuki masjid dan yang terakhir keluar. Baginda saw pernah berkata bahawa beliau adalah ketua pemuda di dalam syurga.

 

Imran bin Husain

 

Dia berbai’ah dengan nabi saw dalam tahun berlakunya peperangan Khaibar dan beliau telah meletakkan tangannya di tangan nabi saw seraya bersumpah bahawa tangannya ini tidak akan digunakan untuk yang lain kecuali menegakkan  agama islam.

 

Beliau pernah bertanya pada nabi saw :

 

“ mengapa kalau kami berada di sisimu, kami lupa kepada dunia ini ? “

 

Baginda saw menjawab :

 

“ Apabila kamu berada di sisiku, para malaikat datang bersalaman denganmu.”

 

Apabila dia beribadah, dia tidak mahu diganggu walau dengan apapun sehingga dia seperti malaikat dalam kalangan malaikat.

 

Salamah bin Akwa’

 

Seorang pemanah terkemuka dalam bangsa Arab, dermawan serta pahlawan berani yang sentiasa membuat kebajikan. Baginda saw pernah menggelarnya sebagai tentera penjalan kaki yang paling hebat dan kuat.

 

Keberaniannya sangat luar biasa sehingga berani menghalau tentera musyrikin keluar dari Madinah seorang diri.

 

Abdullah bin Zubair

 

Abdullah adalah anak kepada Asma’ bin Abu Bakar dan telah ditahnikkan serta didoakan oleh nabi saw. Seorang pahlawan yang hebat dan A’bid dalam ibadah sehingga apabila dia sujud didalam solat, burung-burung bertenggek di atas badannya kerana menyangka ia adalah tembok yang kukuh.

 

Abdullah bin Abbas

 

Gelarannya ialah Ibnu Abbas dan merupakan sepupu nabi saw serta sering berdamping dengan Baginda saw. Apabila nabi saw menerima wahyu di usia 40 tahun, beliau hanya berusia belasan tahun.

 

Nabi saw pernah mendoakannya dengan doa:

“ Ya Allah! Berikanlah dia keahlian dalam agamaMu dan ajarkanlah dia tafsir kitabMu. “

 

Dengan doa itu, beliau telah menjadi insan yang tajam pemikirannya.

 

‘Abbad bin Bishir

 

Memeluk islam di tangan Mush’ab bin Umair dan memiliki suara yang merdu kita membaca Al-Quran. Dalam setiap peperangan bersama nabi saw, Baginda saw memerintahkannya agar menjadi pembawa Al-Quran.

 

Dalam satu peperangan, beliau dan Ammar ditugaskan untuk berjaga malam. Lalu ‘Abbad pun membenarkan Ammar untuk berehat terlebih dahulu dan dia mula menunaikan solat. Tanpa diduga dia telah dipanah oleh seorang lelaki yang isterinya telah ditawan oleh orang islam.

 

Meskipun dengan luka yang parah, ‘Abbad tetap meneruskan solatnya dan dia dipanah lagi namun dia tetap tidak menghentikan solatnya sehinggalah apabila dia selesai, dia merangkak ke arah Ammar dan mengejutkannya sambil berkata “ Wahai sahabat, bangunlah aku sudah cedera parah dan lemas. “

 

Suhail bin Amru

 

Beliau adalah tawanan perang dalam perang Badar. Diutuskan kaum Quraisy dalam peristiwa menghalang nabi saw memasuki kota makkah untuk bertemu dengan Baginda saw. Beliau memeluk islam pada hari pembebasan kota makkah.

 

Pada hari kewafatan nabi saw, penduduk Makkah dan Madinah menjadi huru-hara. Di saat ini Abu Bakar ra menjadi penenang buat mereka yang berada di Madinah dan Suhail ra juga melakukan perkara yang sama di Makkah.

 

Abu Musa Al-Asya’ari

 

Nama sebenarnya adalah Abdullah bin Qies. Sewaktu zaman nabi saw, beliau menghabiskan masanya bersama nabi saw sehinggalah beliau menjadi di antara 4 orang Qadi atau hakim bagi umat ini.

 

Kualitinya dari segala aspek tidak lagi mampu disangkal dan nabi saw pernah mengatakan bahawa pimpinan dari tentera berkuda ialah Abu Musa.

 

Beliaulah yang mengangkat Al-Quran untuk memberi jalan penyelesaian bagi perbalahan antara Saidina Ali dan Muawiyyah serta mencadangkan agar keduanya melepaskan jawatan buat sementara waktu agar seluruh umat islam dapat bermesyuarat dan membuat pilihan.

 

Tufail bin Amru Al-Dausi

 

Tufail adalah seorang bangsawan yang terkenal. Kisah dia memeluk islam bermula apabila dia datang ke Makkah. Sesampainya disana, ramai pembesar Makkah menasihatinya agar tidak mendengar kata-kata atau ucapan nabi Muhammad saw. Namun, ketika dia melawat Makkah, dia terlihat nabi saw sedang memberi ucapan lalu terlintas dalam hatinya untuk mendengar bagi membezakan yang mana baik atau buruk.

 

Akhirnya, hati beliau terpaut dengan kesopanan dalam ucapan nabi saw  sehingga dia memeluk islam. Sebelum pulang ke tempatnya, dia telah meminta agar nabi saw mendoakannya mampu menyampaikan dakwah pada kaumnya. Lalu nabi saw mendoakan pada mata Tufail dan ia bercahaya seperti sinarnya lampu. Melihatkan ini, Tufail risau kalau kaumnya memeluk islam kerana kelebihan pada dirinya dan bukan kerana dakwahnya. Cahaya itu lalu dipindahkan ke tongkatnya.

 

Beliau bersama nabi saw dalam perang Badar, Uhud, Khandaq dan pembebasan kota Makkah.

 

Amru bin Al-As

 

Beliau pada asalnya adalah utusan Abu Jahal ke Habsyah untk mengambil kembali umat islam yang berada disana dengan membawa hadiah untuk merasuah Raja An-Najasyi. Namun, rancangannya semua menemui kegagalan.

 

Setelah mendapat hidayah, dia merupakan pendukung islam yang sangat kuat dan telah diiutus untuk membebaskan Mesir dari cengkaman Rom dan Parsi. Beliau digelar sebagai ‘ Pembebas Mesir ‘.

 

Salim( Hamba kepada Abi Huzaifah )

 

Beliau adalah salah seorang dari pemikul Al-Quran. Nabi saw pernah bersabda:

 

“ Ambillah Al-Quran dari 4 orang iaitu Abdullah bin Mas’ud, Salim, Ubai bin Ka’ab dan Muadz bin Jabal “

 

Apabila islam menghapuskan sistem perhambaan, Abu Huzaifah mengambil beliau sebagai anak angkat dan apabila sistem anak angkat dihapuskan, Abu Huzaifah mengambilnya sebagai saudaranya. Keakraban mereka memang tidak dapat disangkal lagi.

 

Dalam peperangan, beliau telah ditemui syahid bersama Abu Huzaifah dan badan keduanya saling bertindih.

 

Sahabat nabi saw dalam kalangan wanita

 

Arwaa binti Abdul Mutalib( ibu saudara nabi saw )

 

Seorang penyair yang hebat pada zaman nabi saw.

 

Safiyah binti Abdul Mutalib( ibu saudara nabi saw )

 

Beliau adalah adik beradik seibu sebapa dengan Hamzah bin Abdul Mutalib dan ibu kepada Zubair bin Awwam. Dia berhijrah bersama-sama nabi saw ke Madinah dan bersemangat waja terutamanya dalam peperangan Uhud.

 

Atikah ra ( ibu saudara nabi saw )

 

Namanya adalah Atikah binti Abdul Mutalib. Keistimewaanya adalah mampu menafsir mimpi dengan sangat hebat dan kerana inilah dia memeluk islam.

 

Beliau juga adalah ibu kepada Ummu Salamah iaitu isteri nabi saw.

 

Ummu Aiman( Pengasuh nabi )

 

Namanya ialah Barakah binti Amru dan mewarisi gelaran Ummu Aiman dari bapanya. Dimerdekakan nabi saw dan Baginda saw sering memanggilnya ‘Ummi(Ibuku)’ serta mengatakan beliau adalah sebahagian dari keluargaku.

 

Syaima’ ( saudara susuan )

 

Namanya ialah Syaima’ binti Harith bin Abdul U’zza. Beliau adalah saudara susuan nabi saw dan menjadi teman sepermainan nabi saw sewaktu kecil serta sering menyanyikan untuk nabi saw.

 

Jumanah binti Abi Talib

 

Beliau adalah adik beradik dengan Ummu Aiman dan sepupu nabi saw.

 

Ummu Ayub Al-Ansariah

 

Nama sebenar ialah Ummu Ayub bin Qais bin Amru. Beliau ialah isteri kepada Abu Ayyub Al-Ansari seorang nabi saw yang masyur.

 

Ummu Basyar binti Bara’ bin Ma’rur

 

Namanya yang lain ialah Khulaidah dan beliau merupakan antara orang yang paling faham dan mendalami ilmu hadis nabi-nabi saw.

 

Ummu Habibah binti Abbas

 

Beliau ialah sepupu nabi saw.

 

Ummu Haram binti Milhan

 

Beliau merupakan ibu saudara kepada Anas bin Malik.

 

Ummu Hakam binti Zubair

 

Beliau merupakan sepupu nabi saw dan ada pendapat mengatakan namanya yang sebenar ialah Safiyah serta ada juga pendapat mengatakan Ummu Hakim dan Atikah. Beliau adalah perawi hadis-hadis nabi saw.

 

Ummu Hakim( Isteri Akramah binti Abu Jahal )

 

Memeluk islam bersama suaminya serta memiliki keberanian yang sangat luar biasa dan pernah menyertai peperangan menentang pihak Rom.

 

Ummu Darda’( isteri Abi Darda’ )

 

Nama sebenar ialah Hujaimah binti Huyyai Al-Wasabiah. Beliau faqih( mendalami ) ilmu agama dan juga perawi hadis.

 

Ummu Ruman( Isteri Abu Bakar As Siddiq )

 

Beliau adalah ibu kepada Abdul Rahman dan A’isyah binti Abu Bakar. Beliau pernah berbai’ah dengan nabi saw dan turut sama dalam hijrah ke Madinah.

 

Ummu Hani’( sepupu nabi saw )

 

Namanya ialah Ummu Hani’ binti Abi Talib bin Abdul Mutalib. Berkahwin dengan Habirah bin Amru dan seorang perawi hadis- hadis nabi saw.

 

Asma’ binti Abu Bakar

 

Beliau adalah anak hasil perkahwinan Abu Bakar bersama Qatlah@Qatilah binti Abdul U’zza. Tergolong dalam golongan terawal memeluk islam iaitu selepas 17 orang di Makkah. Berkahwin dengan Zubair bin Awwam  dan mendapat gelaran Zatun Naqtain yang bermaksud ‘ yang mempunyai 2 tali pengikat ‘. Mendapat gelaran itu ketika peristiwa hijrah nabi saw apabila Abu Bakar telah mengambil satu dari tali pinggang Asma’ dan menggunakannya untuk mengikat bekas makanan Baginda saw.

 

Sangat berjasa pada nabi saw ketik penhijrahan Baginda saw apabila sering berulang-alik membawa makanan kepada nabi saw yang bersembunyi di Gua Thur.

 

Asma’ binti ‘Umais Al-Khas’amiah

 

Beliau adalah isteri kepada Ja’afar bin Abi Talib dan antara orang terawal memeluk islam sebelum dakwah nabi saw berpusat di rumah Al-Arqam . Beliau pernah berhijrah ke Habsyah dan juga turut sama berhijrah ke Madinah.

 

Setelah suaminya meninggal dunia, beliau berkahwin dengan Abu Bakar ra.

 

Hamnah binti Jahsyi

 

Beliau mendapat gelaran Ummu Habibah, sepupu nabi saw dan juga adik-beradik dengan salah seorang isteri nabi saw iaitu Zainab binti Jahsyi.

 

Antara hadis saw yang berkaitan dengannya adalah hadis berkaitan ‘istihadhah’ dan dalam peperangan khaibar beliau telah memberi makan kepada tentera islam dengan jumlah makanan sebanyak 30 gantang.

 

Khansa’

 

Namanya ialah Tamadhir binti Amru, seorang penyair yang hebat di zaman nabi saw. Beliau dan 4 orang anaknya turut sama dalam peperangan Al-Qadisiyah menentang tentera Parsi, dalam peperangan ini kesemua anaknya syahid.

 

Khaulah binti Tha’labah

 

Beliau pernah berdebat dengan nabi saw tentang suaminya hingga turun ayat Al-Quran ayat 1-2 surah Al-Mujadalah.

 

Gaziah binti Jabir bin Hakim

 

Gelarannya yang masyur ialah Ummu Syarik. Beliau antara orang terawal memeluk islam dan sepanjang di awal keislamannya beliau telah menerima seksaan yang hebat dari keluarga suaminya.

 

Beliau pernah menyerahkan dirinya pada nabi saw tapi Baginda saw tidak mengahwininya. Beliau banyak meriwayatkan hadis-hadis nabi saw.

 

Durrah binti Abu Lahab

 

Beliau adalah sepupu nabi saw dan anak kepada Abu Lahab, seorang penentang islam yang sangat kuat. Sama-sama berhijrah dengan nabi saw ke Madinah dan banyak meriwayatkan hadis-hadis nabi saw.

 

Sumaiyah binti Khayyat

 

Beliau ialah isteri kepada Yasir bin ‘Amir  dan gelarannya yang masyur ialah Ummu Amar bin Yasir. Dia dan seluruh keluarganya telah diseksa apabila mereka memeluk islam dan beliau adalah wanita pertama yang syahid dalam islam.

 

Asy-Syifa’ binti Abdullah

 

Gelarannya ialah Ummu Sulaiman dan memeluk islam sebelum peristiwa hijrah nabi saw ke Madinah. Beliau seorang perawi hadis-hadis nabi saw.

 

Fatimah binti Asad

 

Beliau adalah ibu kepada Ali bin Abi Talib dan salah seorang pengasuh nabi saw. Fatimah menganggap nabi saw seperti anaknya sendiri dan beliau menjaga nabi saw bersama Abu Talib.

 

Ketika memeluk islam, beliau menyembunyikan perkara ini dari suaminya. Cinta dan kasihnya pada nabi saw seperti kasihnya ibu pada anak sendiri. Setelah meninggal dunia beliau dikafankan dengan pakaian nabi saw.

 

Fatimah binti Al-Khattab

 

Beliau adalah adik kepada Umar Al-Khattab ra dan isteri kepada Sa’id bin Zaid. Beliau memeluk islam sebelum nabi saw memulakan dakwahnya di rumah Arqam bin Abi Arqam. Peristiwa yang sangat terkenal tentang Fatimah adalah bagaimana bacaan Al-Quran dia dan suaminya berjaya melembutkan hati Umar ra sehingga akhirnya Umar ra memeluk islam.

 

Beliau berhijrah bersama-sama suaminya ke Madinah.

bottom of page