top of page
Pada 3 Disember 2016 yang lalu, Majlis Pimpinan Kebangsaan Sahabat YADIM dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah berjaya menganjurkan Konvensyen Kebangsaan Sahabat YADIM 2016 bertempat di Dewan Cultural Activity Centre, UIAM. Tujuan konvensyen ini diadakan adalah untuk menghimpunkan barisan kepimpinan MPU dan MPN seluruh Malaysia dalam satu sesi perbincangan dan perbahasan bagi membincangkan hala tuju dan perancangan masa hadapan Sahabat YADIM.
Alhamdulillah syabas dan tahniah kepada Kontinjen Sahabat YADIM Universiti Malaysia Terengganu kerana telah memenangi 3 daripada 7 anugerah berikut sempena Konvensyen Kebangsaan Sahabat YADIM Kali Ke-2 tahun 2016;
   1) Anugerah Majlis Pimpinan Universiti Terbaik
   2) Anugerah Pengkaderan Terbaik
   3) Anugerah Pakaian Wanita Terbaik Malam Gala         Apresiasi
       - Saudari Nurul Izzati Mohd Marzuki.
bottom of page