top of page

DISKUSI HATI

 

    Apabila ku merenung tajam ke arah masa depan yang ku kira kian kelam,ku berfikir dan terus berfikir.Adakah ini takdir hidupku?Apakah yang akan ku lalui nanti?Kenapa takdir hidupku begini?Kenapa doa-doaku masih belum dimakbulkan? Sudahku cuba sedaya upaya untuk lakukan yang terbaik.Apa salahku?semakin ku cuba untuk lakukan yang terbaik,semakin kelam kulihat masa hadapanku…

 

    Sejujurnya ,semua persoalan ini pernah terlintas di kotak fikiran kita ,terutama sekali kepada mereka yang bergelar ‘penuntut ilmu’. Kadangkala,sudah berusaha sedaya upaya tetapi keputusan yang kita dapat tidak setanding dengan apa yang kita usahakan.Namun,kita cuma seorang hamba yang tersangat kerdil , tidak mampu untuk menolak namun tidak mampu juga untuk menerima.Ya,segalanya sukar..sungguh sukar.. Inilah dinamakan UJIAN. Sama ada kita mampu atau tidak,semua itu terpulang kepada diri kita sendiri.

 

    Berhadapan dengan dilema ini adalah salah satu isyarat cinta daripada Ilahi.Pernahkah kita terfikir,adakah kita bersyukur dengan apa yang pernah kita dapat?Adakah kita telah memulangkan kembali apa yang dipinjamNya kepada kita?Jika sebelum ini kita bergelar seseorang yang‘PRO’dalam bidang yang kita ceburi,adakah kita pernah memulangkan kembali’ Title ‘itu kepadaNya?Pernahkah persoalan ini bermain di kotak fikiran kita?Apakah jawapan untuk persoalan ini? 

 

    Ya..benar..inilah jawapan yang perlu difikirkan dan perlu diungkapkan tanpa bicara semata.”Setiap kejayaan adalah daripada Allah”. Pulangkan..pulangkan kembali semuanya kepada Dia Yang Memberi. Ingatlah,walau sekental manapun hati , walau sebesar manapun jiwa akan ada satu saat kita akan rebah di ufuk hiba,itulah hakikatnya hidup sebagai seorang hamba.Untuk menjadi seseorang yang berjaya di dunia dan akhirat,cubalah untuk praktikkan formulasi ini.Untuk permulaan ,sememangnya sangat sukar untuk dipraktikkan tetapi apabila semuanya sudah menjadi kebiasaan,sudah semestinya formulasi ini akan menjadi satu sebatian dan senjata yang sangat ampuh untuk kita mengejar kejayaan duniawi dan ukhrawi.

 

Jika sebelum ini kita pernah bercita cita untuk menjadi seorang doktor tetapi di klimaks kemuncak kisah hidup kita,Allah tidak mengizinkan kita untuk memegang tanggungjawab itu,tetapi disebaliknya kita hanya dapat sesuatu yang jauh tersasar daripada apa yang kita inginkan. Adakah kita harus berputus asa?Adakah kita harus membenci takdir hidup kita?Adakah kita harus membiarkan jiwa kita terkulai layu tanpa pengisian bicara cinta daripada Ilahi?Bangkitlah.. bangkit.. bangun semula..ingatlah Allah sudah mengaturkan yang terbaik untuk hidup kita.Anggaplah sesuatu perkara yang kita dapat itu adalah amanah daripada Allah.Jika kejayaan itu kita tidak nampak pada hari ini, tidak mengapa,mungkin Allah rahsiakan buat seketika supaya kejayaan itu dapat menjadi (kejutan) yang terindah yang pernah hadir dalam hidup kita.

  Sesungguhnya,sebagai seorang hamba,kita sepatutnya rasa lebih bersyukur,walaupun kita tidak pernah dapat apa yang kita mahu,tetapi, kita selalu dapat apa yang kita perlu.Contohnya,jika dilihat daripada segi  konteks seorang mahasiswa, walaupun kita mungkin bukan dipilih untuk tergolong dikalangan pelajar yang pintar,tetapi kita masih tergolong dikalangan pelajar yang masih lagi diberi peluang untuk menyambung pelajaran. Lihatlah betapa agungnya perancanganNya.Hak kita sebagai seorang hamba langsung tidak pernah diketepikannya.

 

“Nikmat Allah yang manakah yang kamu dustakan?”

-Surah Al-Rahman.

 

Oleh itu,selagi diri ini bergelar seorang hamba, tunduklah,sujudlah dan patuhlah kepadaNya serta bersyukurlah atas segala nikmat yang telah dikurniakanNya…

bottom of page