top of page

Bismillahirrahmanirrahim

Sedikit Perkongsian Dari Liqa' Fadwah smile emoticon

🌿🌸Alhamdulillah Allah telah aturkan kita untuk berada dalam Taman Taman Syurga. 🌸🌿

Tidak semua orang diberi peluang & terdorong untuk berada dalam majlis-majlis ilmu. Setiap saat tercatat pahala untuk kita.

💌Subhanallah Alhamdulillah.💌
Moga makin bertambah kecintaan kita pada Dia.

"Soal Jawab Tentang Haid"
Perlu diketahui umum, wanita bukan sahaja mengeluarkan darah haid. Tetapi, juga air mazi & air mani

Air Mazi ➡ Berwarna putih jernih dan keluar apabilaseseorang itu mencapai keletihan yang amat. TIDAK WAJIB UNTUK MANDI WAJIB CUMA PERLU DIBERSIHKAN SEBELUM BERIBADAH.

Air Mani ➡ Keluar apabila bersetubuh. WAJIB UNTUK MANDI WAJIB

Haid➡Pengertian Haid boleh diklasifikasikan dari segi dua aspek. Pertama, dari segi bahasa yang bererti mengalir. Kedua, dari segi istilah yang membawa erti darah yang mengalir melalui qubul(wanita) secara semulajadi. WAJIB UNTUK MANDI WAJIB
Ramai yang keliru, macam mana nak mengenali itu adalah darah Haid? 🌹

Melalui WARNA.
Warna pula boleh dikategorikan 
🌷 Hitam
🌷 Merah
🌷 Antara Merah & Kuning (kecoklatan)
🌷Kuning
🌷Keruh

🌹usah bimbang sekiranya warna darah haid kamu berlainan dr yang dinyatakan sebab hormone badan yang dihasilkan adalah berbeza utk setiap individu
Macam mana pulak dengan syarat untuk memastikan yang itu adalah benar benar darah haid?

Syarat-syarat Untuk Memastikan itu Benar Benar Darah Haid
❗Kenalpasti Warna
❗Darah Keluar Dalam Waktu Haid
❗Seseorang Wanita Itu Telah Capai Waktu Haid

Ramai yang keliru pengiraan Hari Tempoh Habis Haid
❗INI JUGA PENTING❗
Mengikut Mazhab Imam As-Syafi'e
❗Paling maksimum tempoh haid (15 hari 15 malam) -jika melebihi tempoh ini, itu dikira darah istihadhah.
❗Paling minimum (1 hari 1 malam)-jika darah yang keluar tidak capai tempoh 1 hari 1 malam, itu dikira istihadhah.
❗Ghalib(kebiasaan)-(6---7/7---8 hari)

Perkara Yang Dilarang Ketika Haid
❗Solat
❗Puasa
❗Tawaf
❗Baca Al-Quran (HARAM PEGANG. Dibenarkan pegang dalam keadaan tertentu. Dibolehkan memegang al-Quran tafsir)
❗Bersetubuh

Antara sebab yang memerlukan mandi wajib
❗Haid
❗Nifas
❗Jimak(bersetubuh)
❗Wiladah

Cara Mandi Wajib Yang Betul
🌹Niat -Bila air dah mula menyentuh tubuh badan.
🌹Disunatkan mandi bermula dari bawah(kaki)
🌹Sucikan semua anggota tubuh badan(sebanyak 3 kali)
🌹Wajib duduk dalam keadaan mencangkung(pastikan air rata dan mengalir disetiap inci badan)-mandi wajib berdiri pun sah juga. Mencangkung untuk pastikan air benar-benar mengalir ke seluruh badan.
🌹Wajib memakai kain basahan.

🌹Islam itu mudah. Selamat Beramal.🌹

bottom of page