
Definisi:
Hedonisme adalah budaya terlalu mengagung-agungkan hiburan dan kesenangan dunia. Kebiasaannya hedonisme melanda ramai golongan muda.
Punca:
Jiwa mereka kosong dari kasih sayang keluarga, ajaran dan nilai-nilai agama. Untuk mengisi kekosongan tersebut, mereka memilih hiburan kerana sangat mudah untuk mendapatkannya. Kebiasaannya, mereka akan menghabiskan masa berhibur bersama kawan-kawan yang senasib dengan mereka.
Hakikatnya, Islam tidak menghalang untuk berhibur kerana fitrah manusia suka kepada hiburan. Namun, Islam menetapkan batas-batas untuk berhibur sesuai dengan fitrah manusia dan tidak sampai kepada melampaui batas.
Kesan:
Kesannya, golongan pemuda dan pemudi yang dilanda hedonisme akan menjadi golongan yang lemah. Mereka hanyut di bawa arus hiburan yang melalaikan. Pelbagai masalah sosial akan timbul kesan dari terlalu mengagungkan hiburan. Negara akan kehilangan pelapis-pelapis berbakat untuk menjadi pemimpin dan memajukan negara dalam segenap bidang.
HEDONISME





