Ikhtilat? Apa tuh? Ikhtilat pada ringkasnya ialah pergaulan,tetapi pergaulan dari segi apa? Bersama siapa? Apa adab-adab bergaul? Adakah topik adap bergaul di dalam buku teks pendidikan islam di negara kita telah dilupuskan? Walaupun adap bergaul sudah dibincangkan disekolah tetapi diluar kita masih melihat masalah yang sama. Kenapa ye??? Generasi kini menganggap pergaulan secara bebas ini adalah perkara yang biasa dan mudah bagi mereka contohnya pasangan-pasangan yang bercinta diluar sana menganggap keluar berdua-duaan dan berpegangan tangan itu tidak salah? Atas sebab apa? Mudah je,bagi mereka keluar berdua-duaan baru dapat privasi dan berpegangan tangan bagi pasangan macam mereka adalah biasa dan ringan-ringan sahaja. Jadi pasangan bercinta ini tidak kisah akan tanggapan masyarakat apabila ditegur berkenaan ikhtilat antara mereka. Selain itu,pergaulan sesama rakan yang sememangnya tiada batasan antara lelaki dan perempuan pada generasi kini lagi merisaukan kita. Cuba kita lihat sekarang apabila keluar ada sahaja adik-adik,akak-akak,abang-abang,rakan-rakan kita yang tak segan bertepuk tampar antara bukan mahram. Apa yang boleh kita lakukan pada saat itu? Melihat? Menegur? Berani ke kita nak tegur mereka? Jadi kita perlu lah memainkan peranan dalam menentukan masa hadapan. Adakah kita ingin melihat keadaan seperti ini menjadi semakin teruk daripada hari ini yang sememangnya sudah teruk dan tidak terkawal? Anda mampu mengubahnya.Takkan kita nak tengok je kan??