IMAM AHMAD
Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum
Mula-mula sekali nak ucapkan selamat datang ke laman utama sahabat yadim umt ^_^ Diharapkan awak dapat selalu datang menjenguk, mentelaah dan menyebarkan apa-apa kebaikan yang kami cuba sampaikan melalui usaha yang kecil ini dan jika ada apa-apa kesalahan diharapkan sangat dapat berikan teguran yang membina.
Entri kali ni in shaa Allah ingin membincangkan tentang satu cerita yang berlaku di zaman seoranng Imam besar yang cukup dikenali ramai serta disegani iaitu Imam Ahmad Bin Hanbal. Ramai yang kenal dengan namanya tapi pernah tak kita dengar tentang apa perjuangan serta cabaran yang beliau hadapi dalam mempertahankan islam?
Sewaktu zaman beliau, berlaku satu fitnah yang cukup besar dalam ummat ini yang membicarakan tentang soal akidah yakni asas pegangan kepada tauhid. Malangnya, pemerintah pada zaman itu mempercayai akan pegangan akidah yang salah ini dan mereka cuba untuk menyerapkan pegangan yang terpesong ini sebagai satu asas dalam agama islam.
Melihatkan keadaan yang semakin meruncing ini, ramai ulamak mula melangkah ke hadapan dan cuba membetulkan kembali asas pegangan yang salah ini namun hampir kesemua dari mereka menemui nasib yang sama iaitu sama ada diseksa dengan kejam ataupun dibunuh tanpa belas kasihan.
Perkara ini berlanjutan sehinggalah yang terakhir sekali masih berdiri memperjuangkan kebenaran tak lain dan tak bukan adalah Imam Ahmad Bin Hanbal. Jadi, apa yang pemerintah ketika itu lakukan adalah beliau memanggil iman Ahmad Bin Hanbal untuk menghadapnya lalu membentangkan bukti-bukti mengatakan kononnya pegangangn yang terpesong itu adalah pegangan yang benar. Namun, kesemua persoalan dan bukti yang dinyatakan beliau mampu disanggah dan diperbetulkan oleh Imam Ahmad.
Melihatkan tiada jalan persefahaman antara mereka, pemerintah itu bangkit lalu berkata,
“ Aku adalah raja, aku adalah pemerintah. Aku takkan mengambil atau menerima hujah yang diberikan oleh mana-mana ulamak atau syeikh. Aku tak memerlukan mereka untuk mengajar aku mana yang salah dan mana yang benar !! Aku pemerintah, aku raja, aku benar!! “
Kemudian, pemerintah tersebut mengarahkan agar askar-askar pergi ke rumah Imam Ahmad untuk menangkapnya dengan arahan,
“ Aku mahukan dia dirantai seperti seorang penjenayah dan aku mahu kamu mengheret dia melalui pusat bandar melalui pasar-pasar supaya semua orang dapat melihat dan memalukan dia. Lantas, aku mahu kamu bawa dia berjumpa dengan aku dan kemudian aku akan sebat dan menyeksa dia sehinggalah dia mengatakan aku yang benar. “
Ketika saat Imam Ahmad diheret melalui pusat bandar dan pasar-pasar hatinya mula terdetik,
“ Ahmad apa yang telah engkau lakukan pada diri engkau? Engkau telah memalukan diri engkau sendiri. Allah dan pesuruh-Nya telah memberikan engkau jalan keluar ! Engkau boleh nyatakan apa sahaja yang pemerintah zalim ini inginkan selagi mana didalam hati, engkau masih yakin pada kebenaran. “
Diceritakan, Imam Ahmad mengatakan “sewaktu aku mula memikirkan tentang perkara ini, aku merasakan seolah-olah ada seseorang menarik bajuku dari arah belakang dan apabila aku memalingkan wajahku, apa yang aku lihat adalah seorang lelaki muda berhdapan denganku”.
Lalu pemuda ini berkata,
“ Wahai Imam, adakah engkau kenal aku? Aku adalah Abu Haitham. “
Imam Ahmad memberitahu pada waktu itu Abu Haitham adalah seorang penjenayah yang sangat terkenal dan sangat dikehendaki.
Abu Haitham lantas berkata,
“ Dengar! Aku mencuri untuk hidup, aku merompak orang ramai. Itu adalah pekerjaanku! Dan kerana perbuatanku, aku telah disebat sebanyak 18000 kali. Tapi aku tidak pernah berhenti melakukan pekerjaan ini. “
“ Aku tunduk mengikut perintah syaitan untuk kenikmatan dunia, aku mendengar dan tunduk pada setiap perkara yang dia ingin aku lakukan TAPI aku tidak pernah berhenti HANYA KERANA BEBERAPA SEBATAN (18 000 kali ). “
“ Engkau tunduk pada Allah untuk agama dan akhirat. JANGAN ENGKAU BERANI BERHENTI DARI APA YANG PERJUANGKAN KERANA BEBERAPA SEBATAN !! Jangan engkau risau tentang beberapa sebatan. Aku tidak berhenti hanya kerana beberapa sebatan, jangan engkau berputus asa dari memperjuangkan apa yang benar hanya kerana beberapa sebatan. “
“Selepas malafazkan kata-kata itu, Abu Haitham melepaskan bajuku dan berlalu pergi. Askar kemudian terus menarik aku dan itu adalah kali terakhir aku melihat Abu Haitham, namun setiap kata-katanya telah menyalakan api didalam hatiku.” Kata Imam Ahmad.
“ Aku tidak kisah apa yang mereka ingin lakukan pada aku. Tetapi aku akan tetap teguh dengan pendirianku dan itu adalah apa yang aku akan lakukan. “
Dirngkaskan cerita akhirnya, Imam Ahmad telah menjadi asbab kepada pengekalan asas ajaran agama islam yang benar, kerana itulah sebelum tidur beliau akan selalu berdoa,
“ Ya Allah rahmatilah Abu Haitham. Moga Engkau mengampunkan dosanya. “
Moral cerita ni banyak sangatkan tapi yang nak dipetik kali ini adalah setiap insan punya sesuatu yang boleh mereka lakukan dan sebab itulah jangan terlalu cepat menilai sesorang hanya kerana aspek luaran mereka. Setiap dari kita punya potensi dan ia cuma memerlukan kita untuk sedar akan hakikat itu.
So, don't underestimate yourself first and foremost. Secondly, never underestimate anyone because you don't know what they are capable of. You don't know what good deed they had done.
Terima kasih kerana sudi membaca^^ Share it ^_^