top of page

ISLAM SEBAGAI ADDIN

Pagi yg hening ini, dia bangun untuk solat tahajud. Dia sambung ulangkajinya yang tertangguh pada malam semalam. Terkumat-kamit mulutnya membaca doa dan surah2 sebelum mulakan ulangkajinya. Dia cuba memahami apa yang terkandung dalam lecture note. Semuanya perkataan2 baru.

 

"Monodentate ligand...Bidentate ligand".

 

Kadang berkerut juga dahinya tapi dia yakin Allah pasti menolongnya. 10 minit sebelum subuh, dia menyiapkan diri untuk solat. Dia kejut semua roomatenya untuk turut solat. Sejadah dibentang. Lalu, dia duduk sambil membaca zikir. Azan telah berkumandang, pantas saja dia mengimamkan roomatenya yang lain. Selalu juga dia berbuat begitu. Usai solat subuh, dia bangun drpd sejadah. Tangannya mencapai Al-Quran. Hampir setiap waktu solat, dia membaca Al-Quran. Walaupun kadang2 tergagap2 juga apabila membaca al-Quran, tapi dia terus gagahkan dirinya untuk membaca. Kemudian, dia akan membaca tafsir Al-Quran, memahami kandungan ayat2 Al-Quran.

 

Di dalam kelas, dia merupakan top 3 student. Setiap kerja yg diberi tidak pernah dipandang remeh dan dilakukan dengan teliti. Ramai rakan2nya yang sering bertanya kpdnya, tapi dia sedikit pun tidak pernah kedekut untuk berkongsi ilmunya. Senyumannya yg tidak pernah lekang di bibir menyebabkan ramai yang menyenanginya.

 

Dia sangat aktif dalam berorganisasi. Walaupun sibuk dengan study, tapi dia tidak terlepas untuk ikut berorganisasi. Mukanya selalu sahaja berada di majlis2 ilmu. Dia sentiasa dahagakan ilmu dan selalu juga dia berkongsi ilmu.

 

Setiap kali dia terjumpa dengan "mak cik" cleaner, dia mengucapkan salam. Kadang2, dia menolong "mak cik" tersebut membuang sampah. Pernah juga rakannya mentertawakan perbuatannya. Tapi, dia sedikit pun tidak marah mahupun malu. 


Sedang asyik makan, seekor kucing datang kepadanya. Dia memberikan ikan yang berada di pinggannya kpd kucing tersebut. Dicubit2 isi ikan itu supaya senang kucing itu memakannya. Dia meneruskan suapannya tanpa sebarang lauk pun. Selalu juga melihat dia membelai2 kucing yg dipandang 'jijik' oleh org lain di tepi2 jalan.

 

Sebagai manusia biasa, pernah juga dia berbuat dosa. Tapi, cepat2 dia istighfar. Manusia mana yang tidak pernah lepas dari kesilapan.

 

Tertanya2 juga kenapa dia berubah begitu baik, jawapannya simple.

 

"Aku mahu jadikan Islam sebagai Addin".

bottom of page