Allah S.W.T berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". Dari kalamullah di atas sangat jelas bahawa yang Allah azza wajallah menciptakan makhluk yg bernama manusia ada asbabnya. Namun hakikatnya ramai manusia yang lalai dan alpa asbab penciptaan manusia.
Cuba kita renungkan peristiwa pertama di antara Iblis dan Adam, Iblis diciptakan daripada api manakala Adam diciptakan dari tanah, oleh sebab keangkuhan Iblis dia ditendang keluar dari syurga allah. Dalam konteks ini, kita dapat lihat bagaimana tinggi nya darjat makhluk yang bernama manusia ini walau dicipta dengan tanah dan akan kembali pada tanah manusia diberi akal untuk berfikir tentang kebesaran Allah S.W.T. . Manusia diciptakan dengan akal dan nafsu, nafsu perlu di urus dengan baik oleh akal jangan biarkan nafsu menguasai akal kerana kemudaratan yang teruk akan terjadi apabila akal di kawal oleh nafsu.
Melihat dengan situasi hari ini yang serba canggih dari segi teknologi moden di hujung jari sepatutnya manusia yang diberi akal ini semakin bertamadun. Namun sedihnya kita lihat remaja-remaja yang pada usia muda telah meletakkan diri mereka di lembah kebinasaan.. Terlibat dengan gejala sosial yang sangat teruk dalam masyarakat. Terus dilekakan dengan hal duniawi sehingga lupa tujuan hidup yang sebenar.Dalam perkara ini kita tidak boleh menyalahkan mereka sepenuhnya, ujian dan mehnah kehidupan seseorang itu berbeza. Mungkin yang bermasalah ini ada konflik dalam keluarga, pengaruh rakan sebaya serta persekitaran yang membentuk identiti kita harinie. Sebagai Dai’e kita perlu salami hati mereka, jangan terus menghukum, kita bukan tuhan, kita juga sama seperti mereka, hamba Allah.
Persoalan yang perlu timbul dalam diri kita sekarang adalah “apa dakwah aku harini” dan pasti datang bisikan yang menjawab “ala,kau bukan ustaz pun nak dakwah orang” , kita kembali pada Al-quran dalam surah Ali-Imran ayat 104 yang bermaksud “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” sudah jelas lagi nyata bahawa orang-orang yang berjaya itu adalah orang yang menyeru kepada dakwah. Berlumba-lumba lah kita bersama untuk menyebarkan dakwah di atas muka bumi allah ini.
Dalam mana kita hendak mengajak orang berbuat kebaikan pasti ada halangan dan rintangan yang perlu kita hadapi, ini sunatullah bagi orang yang berjuang untuk menegakkan islam di muka bumi allah yang luas ini. Kita lihat kembali zaman kegemilangan Islam di mana dua per tiga dunia adalah dibawah kepimpinan islam tidakkah kita tidak punya keinginan untuk merasai hidup di mana islam yang memerintah? “tepuk dada, tanya iman” . Pada zaman itu anak-anak muda nya sangat kental dan berani untuk berjihad. Melihat pemuda islam akhir zaman berapa ramai sahaja yang sanggup berkorban masa harta dan nyawa. Anak-anak muda akhir zaman hanya mampu berjuang menjadi “keyboard warrior” di laman sosial semata-mata.
Ayuhlah anak muda, bersama kita bangkit demi islam, jangan lah kita sekadar Islam di dalam kad pengenalan diri dan islam hanya di musim peperiksaan. Keizzahan islam itu sangat tinggi di sisi allah, Islam yang sebenar mengajar kita untuk sentiasa beramal dan beribadah kepadanya, bukan beramal ketika memerlukan. Apakah cara untuk menunjukkan yang kita bersyukur sebagai hamba kepada padanya? Bersyukur lah dengan mengabdikan diri padanya. Mengabdikan diri bukan lah dengan hanya duduk di tikar sejadah 24 jam sehari semalam. Apa sahaja perkara yang kita lakukan dalam seharian kehidupan jika kita niatkan kerana allah taala inshaAllah itu dikira satu ibadah. Allah itu maha pemurah lagi menyayangi dengan memberikan keizinan untuk hidup tanpa membayar sedikitpun. Jika Allah mengenakan cas bagi setiap sedutan nafas kita sehari hari dalam hidup kita, mampukah kita membayarnya? Jawapannya tidak mungkin sama sekali, cukuplah kita bersyukur pada nya dengan melakukan apa yang disuruh meninggalkan apa yang dilarang.
Apakah pintu yang paling besar di dunia ini? Jawapannya pasti pintu taubat. Allah membukakan seluas-luas pintu taubat pada hambanya yang ingin berubah dan kembali ke jalannya. Selagi mana, nafas terakhir belum sampai di kerongkong selagi itu pintu taubat dibuka, Dunia makin tua, Ummah makin tenat, bila lagi kita nak ajak kawan-kawan untuk kembali sebelum pulang padanya? Wallahu a’lam.
#KipidapHinggaKemenangan