top of page

KESEMPURNAAN SUNNAH

 

Sunnah menurut bahasa ialah jalan yang dilalui sama ada terpuji atau tidak, juga sesuatu adat yang telah dibiasakan walaupun tidal baik. Manakala menurut istilah ahli hadis ialah segala yang dipindahkan dari Nabi SAW baik yang merupakan perkataan, perbuatan mahupun yang merupakan taqrir, pengajaran, sifat kelakuan dan sejarah hidup.

 

Sabda Rasulullah SAW:

 

"Sesungguhnya aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara, tidak akan kamu sesat selama kamu berpegang dengan keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulnya".

(Riwayat Malik)

 

Sunnah Rasulullah merupakan tafsir dan prnjelasan praktikal kepada al-quran yang diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia atau dengan lain perkataan Sunnah merupakan Quran yang hidup.

 

Kesempurnaan sunnah dapat kita fahami apabila ianya menyentuh semua aspek kehidupan manusia sejak dilahirkan sehingga menemui kematian.

 

Sunnah memandu manusia bagaimana cara sebenar yang diredhai oleh Allah SWT ketika berada di rumah, di pasar, di masjid, di tepi jalan atau di mana sahaja. Sunnah juga mengajar cara mengadakan hubungan dengan Allah dan mewujudkan perhubungan sesama manusia, bahkan bagaimana cara berinteraksi dengan haiwan dan batu pejal.

 

Firman Allah:

 

"Dan sesiapa yang mentaati Rasul maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah".

(Surah Al-Nisa' ayat 80)

 

Sunnah berdasarkan manhaj yang seimbang dan memudahkan manusia untuk menjalani kehidupan di dunia ini. Adalah amat malang suara-suara sumbang dan biadap yang masih terus meragui sunnah dan menyuntik keraguan yang tidak berasas itu kepada umat islam.

 

Firman Allah:

 

"Demi sesunggunya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang-orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)".

(Surah Al-Ahzab ayat 21)

 

bottom of page