
KONSEP PERJUANGAN RASULULLAH SAW
Antara perkara-perkara yang dapat kita fahami dalam perjuangan Rasulullah SAW ialah sifat istiqamah, berani dan tegas dalam menyampaikan Islam.
Sampai ke satu peringkat, golongan kuffar membuat pakatan jahat untuk membunuh Rasulullah SAW tetapi baginda tidak berundur ke belakang walaupun setapak, bahkan meneruskan usaha mengajak manusia mentauhidkan Allah dan meninggalkan penyembahan sesama makhluk.
“Wahai nabi, sesungguhnya kami mengutuskan engkau sebagai saksi dan pembawa berita gembira serta berita azab, sebagai penyeru ke jalan Allah dengan izinNya dan sebagai lampu yang menyinari, dan berilah berita gembira kepada orang mukmin bahawa bagi mereka di sisi Allah kelebihan yang sangat banyak, dan janganlah kamu mentaati orang kafir dan orang munafik dan hindarkanlah azab merea dan bertawakkallah kepada Allah dan cukuplah Allah yang menjadi wakil”.
(Surah Al-Ahzab ayat 45-48)
Oleh kerana itu, kita sebagai pengikut Rasulullah, jika ingin mendapatkan kekuatan sebagai umat Rasulullah SAW mestilah menjadikan contoh ketegasan Rasulullah dalam menyampaikan Islam sebagai satu kekuatan kepada kita, di samping kita membuang jauh penyakit kasihkan dunia dan takutkan mati.