top of page

MUJAHADAH ITU PAHIT

Dahulunya kita seorang yang jahil malah tidak pula mempunyai keinginan untuk berubah. Tapi di saat ini hati  kita benar2 tersentak dengan panggilan ilahi oleh sebab dosa yang telah dilakukan, kita terfikir sampai bila kita nak terus untuk bergelumang dengan dosa hitam? Jika kita mati hari ini apa bekalan yang akan kita bawa menuju ilahi? Siapa yang akn tolong di saat kita dihimpit di dalam kubur? Di alam barzakh, Setiap hari pasti kita dihadapkan dengan malaikat mukar dan nakir untuk bertanyakan soalan, jika kita tak boleh jawab pasti kita akan dirotan seteruk teruknya sampai tenggelam kita kedalam tanah? Ular2 besar pula pasti akan menjamah tubuh kita sehingga badan kita  hanya tinggal tulang belulang. Tak sakitkah penderitaan di alam barzakh? Ini baru penderitaan peringkat pertama selepas kematian kita. Selepas itu ada lagi alam yang kita perlu lalui. Rentetan cerita penderitaan dan kesakitan kita tidak akan berhenti sampailah kita akan terus dihumban kedalam api neraka. Persoalannya sekarang adakah neraka destinasi terakhir kita? Semestinya tidak. Itu adalah penghujung kepada kehidupan kita selepas kita dilahirkan ke dunia. Tak mungkin keperitan yang menjadi pilihan. Selepas ini tiada lagi kehidupan, mahukah kita terus dibakar api neraka sampai bila2 selama berjuta juta tahun lamanya. Aku, ya aku… kehidupan dunia tidak selamanya bahagia untuk aku. Setiap hari ada sahaja onak duri yang perlu aku lalui sebagai seorang hamba Allah yang lemah.  Takkan selepas mati pon aku nak menderita dan sakit lagi.

 

Di saat ini aku belajar utuk menjadi hamba Allah yang taat. Aku benar2 ingin berubah. Aku mula belajar al quran  secara bertajwid dan belajar menyebut huruf al quran dengan betul walaupun aku sudah tahu membaca al quran. Setiap hari aku wajib menjadikan diri aku sebagai seorang pelajar. Ya Allah sesungguhnya aku dah lama terpana dan tertarik dengan wanita yang bertudung labuh. Sangat cantik.  Alhamdulillah, hari ini aku boleh bertudung labuh untuk  menjaga maruah diri, keluarga dan agamaku. Rasa sangat selesa dan aman dari pandangan lelaki yang liar. Rasa seperti tak dipandang langsung malah rasa tak wujud walaupun hadir. Wanita solehah kan yang tak dipandang dan tidak memandang. Tapi.. sesungguhnya mujahadah itu pahit malah syaitan pula selalu menghasut kearah kesesatan di saat aku benar2 ingin berubah. Terasa seperti nak selalu pakai pakaian yang cantik dan warnanya menonjol..apakah ini masih lagi muslimah yang solehah? YA ALLAH, pahitnya mujahadah. Menjadi muslimah yang solehah memerlukan pengorbanan yang besar. IKHTILAT. Itulah perkara yang selalu menenggelamkan  malah memesongkan hati2 muslimah yang baru setahun jagung berjinak jinak dalam perubahan kearah kebaikan. Hari ini hadir usrah, ceramah, program islamik, terasa semangat nak buang segala tabiat buruk dalam pergaulan antara ajnabi termasuk bermesej dengan ajnabi, esok2 kembali pada tabiat buruk sebab diwhatsapp oleh ajnabi. Mula2 whatsapp benda yang penting Lepastu mulalah berleretan sampai sembang kosong,

  

YA ALLAH!!!!!!!!!!!! BENARLAH MUJAHADAH ITU PAHIT KERANA MANISNYA ADA DI SYURGA. Terasa diri ini sangat hina, sentiasa sahaja bergelumang dengan dosa.. Baru sahaja terasa bahagia dan indahnya bermujahadah kerana ALLAH, terpalit kembali dengan dosa lama. Benarlah, sesungguhnya manusia itu tak pernah sunyi dari melakukan kesilapan dan dosa, jika dosa itu boleh dibau dan dilihat pasti siapa pon tak nak berkawan denganku. Engkau maha hebat ya Allah, Kau tutup segala keaibanku dari dilihat orang. Alhamdulillah, Hari ini aku masih bernafas, kenapa? Sesungguhnya Allah maha penyayang. aku masih diberi kesempatan hidup supaya aku dapat bertaubat kepada Allah dan membetulkan segala kesilapan yang pernah aku lakukan. Dan hari ini jua purdah menjadi dambaanku supaya tiada lagi rasa ingin sentiasa cantik kerana wajah sudah tertutup dari pandangan ajnabi. Ya Allah bantu aku dan beri aku kekuatan untuk bermujahadah kearah kebaikan.

 

Sahabatku sayang.. manusia mana yang tak pernah melakukan kesilapan. Justeru kembalilah pada fitrah kita yang suci dan bersih dengan banyak mengingati Allah dengan beristighfar, jika terasa ingin melakukan maksiat, ingat kembali, Allah redhakah aku buat perkara ni? Kalau Allah tak redha macam mana kalau masa aku buat maksiat ni Allah rentap nyawaku? Di mana tempat aku di akhirat nanti, adakah di neraka? ALLAHUAKBAR!!!!! Dan dikala kita tersedar dengan maksiat yang sedang kita lakukan, carilah tikar sembahyang, solatlah taubat, mintak ampun atas dosa yang telah kita lakukan, karena sesugguhnya Allah maha penerima taubat hambanya yang berbuat dosa,, Allah jualah yang maha pengampun. Sayangku sahabat2 syurga, untuk terus kekal dengan penghijrahan dan mencari redha ALLAH lazimilah diri dengan sentiasa membaca Al Quran karena kaifiatnya terlalu besar bagi kita di alam dunia malah di alam akhirat jua. Kalau malas sangat nak baca  paling kurang dengarlah ayat2 suci al quran dari audio atau apa2 sahaja. Sungguh aku khabarkan padamu ia sangat menenangkan jiwa. Lazimilah dirimu jua dengan selalu berzikir pada Allah dan berselawatlah kepada nabi junjungan besar Nabi Muhammad SAW.  Selain itu, Taatlah pada arahan kedua ibu bapa kita selagi tidak bertentangan dengan syariaat islam. Hormati, sayangi dan berbaktilah kepada mereka selama mereka masih hidup dan   Selalulah hadirkan diri ke kuliah dan ceramah agama untuk recharge iman yang semakin hari semakin berkurang.

 

ALLAH MENANTIKAN KEPULANGAN KITA SAYANG UNTUK KEMBALI MEMATUHI AJARAN AGAMA YANG SYUMUL. JOM KITA CARI  KETENANGAN DAN KEBAHAGIAAN YANG HAKIKI DALAM SUJUD TAHAJUD DAN SUJUD TAUBAT KITA DI MALAM HARI.

 

SEKIAN..

 

…. MENITI JALAN KE SYURGA….

bottom of page