
Mutiara-kata-Tuan-Guru-Nik-Aziz
1. Hiduplah seperti yg Allah mahukan dan bekerjalah seperti yg telah diajar Rasulullah saw..
Ingatlah segala hukum hakam yg telah ditetapkan-Nya. Halal dan haram merupakan antara punca keberkatan hidup.
2. Meskipun ujian yang hadir tidak pernah berhenti tetapi tetap yakinlah. Fajar yang cerah pasti akan menerangi kegelapan malam.
3. Bukan mudah untuk berbicara. Pasti ada yang terluka. Meski bicaraku ini bukan untuk menunding sesiapa. Namun, demi ummah aku pedulikan kata nista. Demi agama, aku redah lautan gelora kerana aku yakin... Dia akan mengadiliku disana.
4. Hidup ini saling tumpang-menumpang. Di situlah lahirnya syukur kita pada Allah. Sedarlah, pada sepinggan nasi yang kita makan... Di situlah ada nasi yang diusahakan oleh petani, ada ikan yang dicari oleh nelayan, ada ayam yang dipelihara oleh penternak.
Bayangkan betapa banyak pihak yang bekerja untuk memberikan sepinggan nasi pada kita. Alangkah kerdilnya kita ni di bumi Allah.
5. Ketenangan ini bukan boleh dibeli di pasar. Tapi ketenangan datang hanya daripada Allah.
Hidup kita ni pasangannya mati. Seperti pagi pasangannya petang. Dunia pasangannya akhirat. Pasangan syurga adalah neraka.
Semua yang Allah cipta ada pasangannya. Yang tiada pasangan hanyalah Allah sahaja.
6. Nur Allah tidak akan ada dalam diri kita sekiranya kita mengelakkan diri atau menjauhi dari Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammda ﷺ. Kalau kita letakkan dalam diri kita benda bukan-bukan seperti teori ciptaan manusia, mana mungkin nur Allah mampu menyala?
7. Betul Allah itu maha mengetahui, tetapi bukankan molek kita luahkan permintaan, pengaduan dan harapan kepada-Nya.
Allah maha mengetahui akan diri kita lebih dari kita sendiri. Sebenarnya, Allah nak dengar daripada mulut kita sendiri. Allah nak tengok bibir kita digerakkan untuk meminta-minta kepada-Nya. Allah nak dengar suara kita...
8. Muhammad ﷺ bukan insan yang ada harta. Tapi, ada sesuatu yang menjadi kelebihan nabi. Sesuatu ini mahal dan beharga. Lebih berharga jika dibandingkan dengan harta. Sesuatu itu adalah akhlak. Melalui akhlak nabi lah, maka ramai yang tertarik kepada Islam.
9. Mencari kesalahan dan aib orang lain semata-mata hanya untuk memuaskan hati sendiri adalah petanda bahawa hati kita rosak dan ia hanya akan membawa kita semakin jauh dari rahmat dan redha Allah.
10. Mengumpat, mencari rahsia orang dan bersangka dengan sangkaan yang tidak baik boleh memusnahkan kita. Ramai yang telah binasa kerananya.
Bukan sahaja orang lain menjadi mangsa kerananya, bahkan individu yang punya sifat keji ini turut musnah kerananya.
11. Akhlak yang baik itu tak dapat dijual beli. Nilainya terlalu tinggi untuk dibayar. Sekiranya dapat ditukar ganti dengan wang ringgit, sudah pasti ramai hartawan yang sanggup membayar dengan harga yang berjuta-juta nilainya.
12. Solat itu petunjuk akhlak kita dengan Allah.
13. Orang yang tidak menunaikan solat adalah orang yang tidak berakhlak. Dia tidak sujud kepada Allah sedangkan Allah telah memberinya kesempurnaan anggota tubuh badan dan pancaindera sebaiknya.