NIAT
niat merupakan perkara pokok yang menentukan sama ada amalan seseorang itu diterima oleh Allah SWT atau sebaliknya. Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya setiap perbuatan adalah dengan niatnya dan bahawa bagi setiap orang apa yang diniatnya, sesiapa yang hijrahnya adalah untuk Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya adalah untuk Allah dan Rasulnya, sesiapa yang hijrahnya kerana dunia yang hendak dicapainya atau kerana perempuan yang hendak dinikahinya, maka hijrahnya adalah untuk apa yang dimaksudkannya." (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
niat yg betul serta keikhlasan hati utk Allah SWT meningkatkan kedudukan amalan dunia semata-mata ke tahap ibadah yang diterima, sementara niat yg buruk menjatuhkan amalan taat yg tulen dan menjadikannya perbuatan maksiat yang merosakkan.
umpamanya, seorang lelaki yg bersama dengan isterinya dengan tujuan utk memelihara kehormatan diri dan agamanya akan mendapat pahala kerananya. makanan yg dimakan utk tubuhnya atau yg diberi makan kepada anak-anak dan isterinya mempunyai pahala dengan
niat kebaikan yg disertakan dengannya.
Sabda Rasulullah SAW:
"Tidak ada sesuatu yang engkau belanjakan dengan tujuan untuk mendapat keredhaan Allah melainkan kamu diberi pahala sehingga kepada apa yang kamu suap di mulut isterimu." (Riwayat Al-Bukhari)
sebenarnya seseorang itu apabila telah menyerahkan dirinya kepada Allah dan berniat ikhlas, maka segala gerak lakunya, diamnya, tidurnya, dan jaganya dikira langkah utk mendapat keredhaan Allah. sementara itu perlu diingat, niat yg baik hanya pada perbuatan yg baik, tidak ada niat yg baik kepada perbuatan yg buruk dan keji, tidak ada niat yg baik bagi peminum arak, penzina, pencuri, pembohong kerana perbuatan itu sendiri adalah perbuatan yg dikutuk oleh Allah SWT.
Alangkah unggulnya niat yang ikhlas dan besar berkatnya sebagaimana dapat difahami melalui sabdanya:
"Ikhlaslah terhadap agamamu, cukup bagimu amalan yang sedikit." (Rwayat Al-Hakim)
Apalah erti amalan yang menimbun banyaknya tanpa niat yang ikhlas, kerana keredhaan Allah tidak diberikan berdasarkan bentuk lahir manusia tetapi berdasarkan niat suci di lubuk hati mereka seperti mana yang diceritakan oleh Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh badan kamu, tidak juga kepada rupa kamu tetapi ia melihat kepada hati dan amalan kamu." (Riwayat Muslim)
