Otak ialah organ yang kedua penting selepas jantung. Otak kita bukan sekadar otak, tetapi ia boleh ditingkatkan nilainya ke tahap akal fikiran. Ya, di sinilah bezanya kita dengan haiwan makhluk ciptaan Tuhan. Walaupun kita dan haiwan sama mempunyai otak, tetapi otak manusia ialah otak yang berakal kurniaan Tuhan. Otak yang ingin ditingkatkan kualitinya ke tahap akal dan hikmah memerlukan makanannya tersendiri. Ada nutrisi dan gizi. Asalnya ia diperintahkan oleh Allah sama ada wajib , sunat atau digalakkan, namun manfaatnya sangat besar. Bukan sahaja untung di dunia malah di akhirat pun sama.
Solat dan khusyuk ibarat aur dengan tebing. tidak boleh dilepaskan. Akan sentiasa bersama-sama. Tanpa khusyuk, solat ibarat tidak bernyawa. Tanpa khusyuk juga, kita risau kalau hanya aktiviti fizikal sahaja, tanpa penglibatan spiritual. Khusyuk ini bukan sahaja perbuatan hati semata-mata, tetapi otak juga terlibat. Menurut teori sains, untuk khusyuk , otak kita perlu berada pada gelombang alpha. Pada fasa ini, kita lebih relaks, tenang dan daya fokus juga sangat tinggi. Kedua, ketika kita sendiri membaca al-Quran, kita memerlukan akal yang cerdas. Semua elemen yang ada itu perlu mendapat perhatian pada satu masa dan dalam masa yang singkat untuk membolehkan kita membaca al-Quran dengan lancar. Ini baru peringkat permulaan. Peringkat untuk membaca al-Quran.
Seterusnya, otak yang cerdas bukan sahaja sangat bermanfaat di dunia , bahkan di akhirat lebih bermanfaat. Mengapa tidak? Bukankah dunia ini jalan dan jambatan menuju akhirat? Kita di sini mengumpul bekal , untuk kekal bahagia di sana. Orang yang cerdik tahu cara untuk selamat di dunia dan di akhirat. Bahkan sedar dengan kelicikan iblis dan syaitan, serta tahu membezakan antara keperluan diri dengan kehendak nafsu. Iaitu seimbang dunia dan akhirat. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Orang yang bijak ialah orang yang menghisab diri dan beramal sebagai bekalan selepas mati. Sedangkan orang yang gagal ialah orang yang mengikut hawa nafsunya dan berangan-angan kepada pemberian Allah,” ( Riwayat Ahmad). Adakah orang yang bijak dan tahu hakikat hidup selepas mati masih tega menempah tiket ke neraka dan menikmati azab? Selain itu, semestinya otak kita juga perlukan gizi dan nutrisi. Ada dua perkara penting di sini. Pertama , kita hendaklah mengambil makanan yang elok untuk otak kita . Kedua, jauhi makanan yang memudaratkan fungsi-fungsi otak. Pelaburan yang menguntungkan apabila kita membelanjakan otak kita makan. Contohnya, DHA misalnya sangat diperlukan oleh otak. Makanan sunah yang manis seperti madu dan kurma juga mempunyai gula dalam komposisi yang sangat ringkas dan mudah diserap oleh otak.
Di samping itu, tidak lupa juga bahawa ilmu dan aktiviti otak sangat berkait antara satu dengan yang lain. Makanan otak yang utama semestinya ialah ilmu pengetahuan. Ingat, ilmu dan maklumat itu berbeza. Sekadar tahu sahaja belum cukup. Maklumat sekadar berkisar soal individu dan peristiwa tanpa apa-apa ibrah atau idea di sebaliknya. Malah ilmu pula berkaitan dengan idea. Ilmu mampu menghubungkan antara satu maklumat dengan maklumat yang lain. Selain itu, tahajud juga sangat memberi kesan kepada fungsi otak. Sebelum itu kenapa tahajud sanat penting? Bukankah ia cuma sunat sahaja? Ya ia cuma sunat bagi insan-insan yang biasa tetapi wajib bagi insan yang luar biasa. Ini antara garisan yang membezakan pada peringkat darjat manusia. Apa kaitan tahajud dendan otak kita? Subhanallah! Sekali lagi Allah itu Maha Pemurah. Dibekalkan kepada manusia oksigen yang begitu tinggi kadar pada waktu dinihari. Kemudian digalakkan pula orang Islam bangun pada sepertiga malam.
Seperti mana yang kita tahu sistem otak kita telah dicipta khas daripada black out seperti mana sistem elektrik yang mempunyai wayar bumi di bawah tanah bagi mengelakkan black out. Jadi oleh itu kita semestinya menjaga dan memelihara fungsi otak kita daripada rosak. Hal ini kerana kita mempunyai satu organ yang tiada nilai gantinya, Jikalau rosak nya ia, malah rosak lah fungsi badan kita. Yang mengendalikan kehidupan kita dan fikiran kita adalah daripada otak yang mempunyai ruang-ruang di dalam yang mempunyai fungsi yang berbeza. Oleh itu kita semestinya menjaga pemberian Tuhan kepada kita kelak nanti akan di soal.