
PERJUANGAN RASULULLAH SAW
Rasulullah SAW dan perjuangannnya merupakan satu contoh ikutan yang terbaik kepada kita. Dalam menyampaikan Islam Rasulullah SAW mempunyai empat sifat yang utama:
1. Kebenaran yang mutlak
2. Komited dengan apa yang diserunya
3. Menyampaikan ajaran allah secara lengkap dan berterusan
4. Kepintaran akal fikiran
Dalam kehidupan baginda, baginda SAW mengutamakan taqarrub kepada Allah walaupun berada dalam kesempitan hidup.
Abu Hurairah R.A pernah menceritakan bahawa beliau masuk untuk bertemu Rasulullah SAW dan beliau mendapati Rasulullah SAW sedang sembahyang dalam keadaan duduk, lalu selepas selesai sembahyang Abu Hurairah bertanya mengapa baginda sembahyang dalam keadaan duduk? Baginda menjelaskan: “Kerana lapar wahai Abu Hurairah”. Abu Hurairah tidak dapat menahan perasaan hibanya lalu menangis.
Rasulullah SAW bersabda: “Jangan menangis wahai Abu Hurairah kerana keperitan hisab (hari kiamat) tidak akan dikenakan kepada orang yang lapar kerana dia telah di hisab di dunia dahulu”.
Lihatlah bagaimana kecekalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah, walaupun dihimpit dengan kelaparan baginda SAW tetap mendekatkan diri kepada Allah.
“Adalah pada diri Rasulullah SAW untuk kamu contoh tauladan yang terbaik bagi orang yang mengharapkan Allah dan hari akhirat serta banyak mengingati Allah”.
(Surah Al-Ahzab ayat 21)
Maka, marilah kita menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh terbaik dalam semua aspek kehidupan kita supaya kita menjadi manusia yang benar-benar mentaati perintah Allah dan perintah RasulNya.