
PLURALISME

Definisi:
Menganggap bahawa semua agama adalah sama dan setaraf. Semua agama membawa kebaikan dan melarang keburukan. Semua agama membawa ke syurga.
Kesan dan bahaya Pluralisme:
Pegangan sebegini zahirnya seolah-olah baik, tetapi sebenarnya bahaya kepada akidah umat Islam. Dengan kata lain, boleh menganut mana-mana agama, kerana semuanya akan membawa ke syurga. Sedangkan Allah hanya menerima agama Islam di sisi-Nya sebagaimana firman Allah:
“Sesungguhnya agama yang (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam”. Surah Ali-Imran, ayat 19.
Begitu juga dengan sabda Rasulullah saw:
"Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi (dari Islam). Hadith sahih riwayat Bukhari.
Perbezaan utama antara Islam dan agama-agama lain berkenaan ketuhanan.

