top of page

SEBARKAN BAHAGIA KE DARUL AKHYAR

11 JUN 2016 | KFC GONG BADAK & PUSAT ISLAM SULTAN MAHMUD UMT

 

'Alhamdulillah 'ala kulli hal !
Buat pertama kalinya, SYUMT menganjurkan program khusus untuk anak-anak yatim dengan membawa dan meraikan anak-anak yang cukup istimewa ini untuk berbuka puasa di KFC Gong Badak.

 

 Seronok dapat melihat anak-anak ni tersenyum kegembiraan tatkala dapat menjejakkan kaki di KFC tersebut. Nikmatnya dapat berbuka puasa dengan makanan yang istimewa seperti anak-anak biasa yang lain, hanya Allah sahaja yang tahu. Seramai 157 orang anak yatim dari Rumah Darul Akhyar dan 19 orang urusetia yang terlibat. Urusetia merupakan gabungan pelajar dari UMT sendiri. 

 

Selesai berbuka puasa di KFC, anak-anak yatim ini dibawa pula ke Pusat Islam Sultan Mahmud UMT untuk bersama-sama menunaikan solat fardhu & solat sunat terawih secara berjemaah. Mereka juga dibawa untuk melawat sekitar kawasan Pusat Islam Sultan Mahmud UMT bagi melihat keindahan yang ada pada bangunan yang tersergam indah ini. 

 

Dana yang digunakan untuk menampung perbelajaan berbuka puasa ini sepenuhnya melalui Tabung #ProjekKasih. Tabung #ProjekKasih ini merupakan tabung kebajikan jangka masa panjang yang digunakan khusus hanya untuk anak-anak yatim sahaja. Tabung ini merupakan satu iniatif yang dilontarkan dan dijaga pelaksanaannya oleh SYUMT sepenuhnya bawah pemantauan EXCO Perhubungan & Kebajikan. Program Sebarkan Bahagia ke Darul Akhyar ini merupakan program pertama yang dilaksanakan melalui #ProjekKasih. 

 

InsyaAllah jika berkesempatan pada masa akan datang, kami SYUMT akan meneruskan misi #ProjekKasih yang seterusnya. 😉


“Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: Apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?(12)(Di antaranya bagi orang yang mampu) ialah memerdekakan hamba sahaya;(13) atau memberi makan pada hari kelaparan-(14)kepada anak yatim dari kaum kerabat.(15)” (Surah Al-Balad : 12-15)

 

Terima Kasih kepada Rumah Darul Akhyar kerana sudi menerima kunjugan kami.
Terima Kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau pun tidak dalam menjayakan misi #ProjekKasih ini. 

 

Terima kasih. 😊

bottom of page