top of page

Definisi:

Memisahkan urus tadbir dari pengaruh agama.

 

Sejarah:

Ia bermula di Eropah pada Zaman Kesedaran dengan pengasingan pengaruh gereja yang sebelumnya begitu mencengkam dalam pentadbiran dan pengurusan segenap lapisan masyarakat dari peringkat bawah sehingga kepada pentadbiran negara.

 

Pentadbiran gereja pada masa itu dilihat begitu mengongkong masyarakat dan pentadbiran dengan agama. Segala perkara harus dirujuk kepada golongan gereja. Hakikatnya, golongan gereja ini telah menyeleweng dari ajaran dan nilai-nilai agama Kristian yang dibawa oleh Nabi Isa as. Akhirnya timbul pembaharuan untuk memisahkan pentadbiran dari urusan agama sehingga memisahkan gereja dari hal ehwal pentadbiran terutamanya pentadbiran negara.

 

Kesan dan bahaya sekular:

Gerakan sekular ini akhirnya merebak kepada agama lain seperti Islam. Setelah jatuhnya Khilafah Uthmaniah di Turki, sekular mula diperkenalkan di negara tersebut melalui Perlembagaan Turki 1924. Kemudiannya dengan pembaharuan Mustafa Kemal Ataturk yang menggubal satu set syarat-syarat pengurusan dan politik untuk mencipta satu negara yang moden, demokratik dan sekular.

Setelah 13 tahun pengenalannya (5 Februari 1937), perkataan sekular dinyatakan dengan jelas dalam Artikel Kedua Perlembagaan Turki: “The Republic of Turkey is a democratic, secular and social state governed by the rule of law”. Perlembagaan Turki semasa tidak mengiktiraf agama rasmi ataupun mempromosi mana-mana agama termasuk Islam walau pun sekurang-kurangnya lebih daripada 95% warganegara Turki adalah orang Islam.

 

Memakai tudung di Parlimen Turki adalah dilarang. Begitu juga dengan memakai nama “Islam” pada bank. Di universiti-universiti, pengajian agama Islam digabungkan sekali dengan pengajian agama lain atas nama teologi.

 

Ini berbeza dengan Perlembagaan Malaysia dalam Artikel Ketiga yang jelas menyatakan bahawa: “Islam adalah Agama Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan”. 

Kerajaan banyak menyumbang dalam pembangunan Islam di Malaysia termasuk memberikan peruntukan dan memajukan banyak bidang berkaitan dengan agama Islam seperti pendidikan, kewangan Islam, mahkmah Syariah, institusi masjid, jabatan dan agensi agama, aktiviti dakwah dan sebagainya.

 

SEKULARISME

bottom of page