top of page

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:"Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" (SURAH AL-ANKABUT AYAT 2)
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)." (SURAH AL-BAQARAH AYAT 214)
Allah mahu hapuskan dosa-dosa kita
"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu." (SURAH AS-SYURA AYAT 30)
Allah mahu naikkan darjat kita
"Dan demi sesungguhnya Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (bendar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu." (SURAH MUHAMMAD AYAT 31)
Allah mahu gantikan dengan yang jauh lebih baik dari apa yang kita kehilangan itu. Ulang sekali lagi, dengan yang jauh lebih baik. Maka, setelah Allah ampuni dosa-dosa dan kita kembali merapat kepadaNya, barulah di tahap ketiga ini Allah akan gantikan semua kesakitan, derita yang kita tanggung itu dengan kebahagiaan.
Hidup kita bukan seperti siri telenovela yang indah-indah belaka. Bukan. Pasti ada ketika kita diuji dengan sebenar-benar ujian. Even 'superheroes' pun ada ujiannya.
UJIAN itu HADIAH dari Allah.
SEWAKTU CINTA ALLAH MENYAPA
bottom of page