top of page

Wacana Ilmiah

Tajuk : Stairway To Heaven

Oleh Dr Yusri (YDP YADIM)

12 Mei 2016

 

Terdapat satu hadis Rasulullah SAW di mana salah satu cara dekat dengan syurga adalah dengan menghadiri majlis-majlis ilmu. Sesiapa yang menempuh sesuatu jalan utk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan jalan utk menuju ke syurga.

 

Allah SWT tahu sangat bahawa manusia akan melakukan kesalahan. Allah SWT suka tengok seseorang hambanya melakukan kesalahan tetapi bertaubat. Allah suka sangat akan kita jika sentiasa bersedia utk bertaubat.

 

Rasulullah SAW bersabda,

 

"Sesungguhnya Allah SWT sangat gembira menerima taubat hambaNya tatkala ia bertaubat, melebihi daripada kegembiraan seseorang yang berkenderaan di tengah-tengah padang pasir. Kemudian haiwan yang ditunggangi itu lari neninggalkannya. Sedangkan di atas haiwan tunggangan tersebut terdapat makanan & minuman miliknya. Kemudian ia berputus asa untuk menemui kembali haiwan & bekalannya itu. Lalu dia berteduh di bawah pohon sambil berbaring kerana ia benar-benar putus asa untuk berjumpa kembali dengan haiwan itu. Tiba-tiba dia tertidur. Kemudian ketika dia bangun daripada tidurnya, dia mencari lagi untanga dengan berjalan kaki. Namun dia tidak menjumpainya. Kemudian dia berjalan lagi namun gagal menemuinya. Lalu dia mencarinya untuk kali ketiga tetapi masih gagal. Tiba-tiba apabila dia sampai di tempat asal dia tertidur sebelum itu, di luar dugaan lelaki tersebut, tatkala dia duduk termenung, tiba-tiba haiwan yang dicarinya itu muncul lengkap dengan bekalan yang dibawanya. Kemudian dia segera memegang tali tambatan. Dan sesungguhnya Allah SWT jauh lebih gembira dengan taubat seseorang hambanya daripada musafir yang menemui kembali untanya di padang pasir."

(Hadis Riwayat Al Bukhari & Muslim)

 

Allah SWT suka kembalinya seseorang hamba yang melakukan kesalahan dengan bertaubat. Adakah kita taat dlm keadaan kita takabbur? Kalau kita taat dlm keadaan kita takabbur, silap-silap itu lebih mendekatkan kita dengan kemurkaan. Takde sebab pun kat dunia ni yg perlu kita ceritakan kesalahan kita kepada org lain.

 

Rasulullah SAW bersabda,

 

"Setiap bani adam berbuat dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah yang bertaubat." (HR Ibnu Majah)

bottom of page