

SYIAH

Sejarah:
Syiah bermula dengan perselisihan dalam politik kepimpinan pada zaman Saidina Ali sebagai khalifah dan zaman-zaman seterusnya sehingga hari ini. Kumpulan yang dinggap Syiah ini terlalu mengagungkan-agungkan Saidina Ali dan keturunannya dengan melampau seperti menganggap bahawa orang yang paling layak memegang jawatan khalifah adalah Saidina Ali. Manakala Saidina Abu Bakar, Umar dan Uthman dianggap sebagai perampas jawatan khalifah. Mereka juga mengutuk, membenci, dan mengkritik para sahabat seperti Saidatina Aishah, anak kepada Saidina Abu Bakar, serta menganggap bahawa kebanyakan sahabat telah menjadi kafir setelah kewafatan Rasulullah saw. Selepas kewafatan Saidina Ali, mereka menganggap bahawa hanya keturunan Saidina Ali yang layak menjadi pemimpin.
Mereka juga menganggap imam-imam mereka adalah maksum seperti Rasullah saw.
Mereka mendakwa kecintaan kepada keluarga dan keturunan Rasullah saw tetapi hakikatnya kecintaan mereka jauh dari kebenaran.
Perselisihan-perselihan dalam politik kepimpinan ini akhirnya menjadi pegangan dan dasar-dasar dalam Syiah yang berbeza dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah sehingga turut membawa kepada perbezaan dalam ibadah seperti solat, berbeza al-Quran, azan, perkahwinan mut’ah dan sebagainya.
Syiah juga mengamalkan taqiyah iaitu menipu bagi melindungi kumpulan dan pegangan mereka.
Manakala bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah, kepimpinan umat Islam tidak dikhususkan kepada sesuatu golongan. Kepimpinan umat Islam layak kepada semua yang layak termasuk keturunan Rasulullah saw.
Dalam hal kecintaan kepada keluarga dan keturunan Rasullah saw, Ahli Sunnah Wal Jamaah tetap mencintai mereka, tetapi tidak melampau sehingga membenci, mengkritik, dan mengutuk para sahabat yang lain.


