top of page

Jom baca hadis ini.

"Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash ra, katanya : "Seorang lelaki telah bertanya kepada Nabi saw: "Bolehkah saya pergi berjihad?" Baginda saw bertanya kembali: "Adakah kamu masih mempunyai dua ibu bapa?" Dia menjawab : "Ya." lalu baginda saw bersabda: " Oleh itu berjihadlah pada mereka, berdua sahaja (dengan melawan hawa nafsu kamu dalam berkhidmar dan meredkan mereka)."
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Nabi SAW telah mensyaratkan dia untuk berjihad, kerana perasaan bimbang si anak akan terbunuh atau tercedera boleh menyusahkan mereka berdua.

1.    Berbuat baik kepada ibu bapa lebih diutamakan berbanding jihad.
2.    Seseorang anak tidak boleh berjihad melainkan dengan izin ibu bapanya.
Saranan
1.    Wajib meminta keizinan ibu bapa untuk menyertai jihad yang hukumnya fardhu kifayah.
2.    Seseorang itu tidak wajib meminta keizinan untuk menyertai jihad yang hukumnya fardhu ain.
3.    Berbakti kepada ibu bapa dan melayan mereka dengan cara yang baik, sekalipun mereka berada dalam maksiat atau kufur. Wallahu a’lam

bottom of page